Tanta University

Faculty of Medicine

FREE PALESTINE

FREEDOM FOR PALESTINE

TIME MANAGEMENT

MANAGE YOUR TIME PROPERLY.

Sunday, March 11, 2012

Tarikh Peperiksaan Akhir Tahun 2012


Salam All

Semoga Berada dalam Jagaan Allah s.w.t..
Alhamdulillah, mengikut sumber dari koordinator pelajar malaysia Dr.Howaids tarikh bagi peperiksaan akhir tahun bagi tahun 1,2 dan 3 adalah seperti berikut:

Praktikal bermula pada 2 Mei 2012

Written akan bermula pada 10 Jun 2012 Hingga 10 Julai 2012

Jadual akan dikeluarkan sebelum peperiksaan

Diharap semua pelajar dapat menjalankan ulangkaji dengan baik agar memperolehi kejayaan MUMTAZ!!

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

dan bahawasanya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,[53:39]

وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى

dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).[53:40]





Ikhlas
Unit Akademik
MMtanta

Monday, February 27, 2012

HI-JACK BALTEEM 2012-post program




Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Hujung minggu yang lalu, bertarikh 24 Februari 2012 hingga 25 Februari 2012, Unit Aktiviti Luar MM Tanta telah merancang satu jaulah ke Balteem yang diberi nama Hi-Jack Balteem 2012. Program yang diadakan di Pantai Balteem, Kafr El Sheikh ini dinamakan Hi-Jack adalah berikutan pertukaran plan asal ke Gunung Sinai atas sebab-sebab keselamatan. Alhamdulillah, program yang dirancang selama sehari ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya dengan kerjasama semua AJK, peserta dan bantuan Ummi juga khususnya.

Program yang berjalan selama 2 hari ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama pelajar dan juga sebagai satu 'hadiah' buat pelajar yang telah bertungkus lumus sepanjang tempoh sebulan imtihan. Perjalanan ke Balteem dari Tanta mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki 2 buah bas yang memuatkan seramai 56 orang peserta ikhwah dan 44 orang peserta akhawat. Sepanjang perjalanan, para peserta disajikan dengan pemandangan yang sangat indah dan menyejukkan mata memandang sekaligus memberikan ketenangan kepada para peserta setelah sebulan menelaah pelajaran.

Setibanya di Balteem, para peserta dibahagikan mengikut penempatan masing-masing dan ditempatkan berasingan antara ikhwah dan akhawat. Walaupun pada mulanya cuaca di Balteem sedikit hujan, namun sebaik sahaja para peserta hendak memulakan aktiviti permainan, cuaca mulai cerah. Pada malamnya, para peserta ikhwah melakukan aktiviti BBQ mengelilingi unggun api di tepi pantai, manakala para peserta akhawat disajikan dengan persembahan malam kebudayaan dan BBQ di penempatan mereka. Turut mengiringi jaulah kami adalah pasangan suami isteri, Ustaz Abdul Haris Bain dan Ustazah Rosmawati beserta keluarga yang turut sama memberi sedikit pengisian kepada para peserta semasa jaulah.

Keesokan paginya, para peserta mengadakan qiam beramai-ramai di penempatan masing-masing dan aktiviti diteruskan lagi dengan permainan di pantai buat terakhir kalinya sebelum para peserta pulang ke Tanta. Namun para pelajar Pergigian telah pulang pada jam 9.00 pagi kerana perlu menghadiri kelas pada hari itu. Seusai sahaja solat Zuhur, para peserta berkemas dan bersiap sedia untuk meninggalkan penempatan dan menaiki bas untuk pulang ke Tanta. Terpancar di wajah para peserta kepuasan dan kegembiraan sepanjang program berjalan. Walaupun keberatan untuk meninggalkan Balteem, namun para peserta tetap perlu pulang demi meneruskan perjuangan sebagai seorang bakal doktor. Alhamdulillah, kesemua rombongan jaulah selamat tiba di Tanta pada jam 3.00 petang.

Di kesempatan ini, pihak AJK Hi-Jack Balteem 2012 ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Ummi yang memberikan sokongan dari jauh, seterusnya kepada semua peseta yang memberikan kerjasama sepanjang jaulah dan semua pihak yang telah bertungkus lumus turut serta membantu menjayakan program jaulah ini sama ada secara langung atau tidak. Jutaan maaf juga dipohon andai ada kekurangan dan kelemahan sepanjang program ini dijalankan. Di harap program seperti ini dapat dijalankan lagi dengan lebih cemerlang dan gemilang. Akhir kata, semoga ukhuwah yang dibina sepanjang program berkekalan hingga ke syurga.

dari meja Setiausaha MMtanta

Wednesday, February 22, 2012

HI-JACK BALTEEM 2012

Anda rasa seperti mahu melompat kegembiraan kerana sudah habis exam?

Tapi, tak tahu nak kemana?

Anda kecewa tidak dapat berjaulah ke Sinai??

Rasa seperti mahu berjaulah dan ingin mengisi rohani dengan pengisian-pengisian yang menarik?

SEMUANYA ADA DI SINI!

Alhamdulillah, selepas dua minggu berhempas pulas membaca buku dan menahan masa tidur gara-gara peperiksaan pertengahan tahun, kini selesai sudah musim peperiksaan. Sekali lagi, Unit Aktiviti Luar MedicMesir ingin menganjurkan satu lagi program khas untuk melepaskan tekanan yang sudah tersimpan sejak musim peperiksaan bermula.

Kembara Cinta Ilahi : Sinai 2012 yang tidak dapat diteruskan kerana masalah keselamatan yang meruncingkan di kawasan sekitarnya, Unit Aktiviti Luar MedicMesir Tanta akan menganjurkan program jaulah ‘HI-JACK : BALTEEM 2012’ yang akan diadakan di Balteem, Mesir. Program ini terbuka kepada semua.

Tarikh : 24 Februari 2012 – 25 Februari 2012

Destinasi: Pantai Balteem, Kafr El-Sheikh

Bayaran : LE 15 sahaja (Makanan, penginapan, pengangkutan)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 23 Februari 2012, JAM 9 PAGI

TEMPAT ADALAH TERHAD!

Jaulah ini bertujuan untuk :

Membawa para pelajar ke sekitar Pantai Balteem untuk menenangkan fikiran selepas peperiksaan pertengahan tahun yang baru sahaja berakhir.

Memberi peluang kepada para peserta untuk mengeratkan ukhuwah sesama rakan-rakan sebaya serta melahirkan rasa kasih saying sesama junior dan senior.

Membina masyarakat yang proaktif dan cergas dalam kehidupan seharian sebagai pelajar medik.

Jadi, cepat-cepatlah mendaftar DI SINI ya!

InsyaALLAH moga dengan jaulah ini kita dapat lebih mengeratkan sillaturrahim sesama kita disamping dapat mentadabbur alam ciptaan Allah yang Maha Luas ini. Semoga Allah memberkati jaulah mencari Ilahi ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Faezah (akhawat): 011-7409378
Arham (ikhwah): 011-1195484

JUMPA DI SANA!

Saturday, February 18, 2012

Bantuan Diperlukan Untuk Pembiayaan Kos Pembedahan

18 Februari 2012 - Saudara Mohd Erham bin Jonoh, seorang pelajar Perubatan Tahun 2, Tanta University, telah mengalami kecederaan teruk ketika sedang bermain futsal di Istad (stadium) yang bertempat di Awwal Istad. Kejadian tersebut berlaku pada 16 Februari yang lalu, pada jam 4petang. Mangsa telah terlanggar sebuah tembok kecil di hadapannya ketika sedang mengejar bola. Mangsa tidak menyedari kewujudan tembok itu kerana ketika itu mangsa sedang menoleh ke arah rakannya yang sedang berada di belakangnya. Oleh yag demikian, mangsa telah tersungkur ke hadapan dan menggunakan tangan kirinya untuk menahan. Hentakan yang kuat itu telah menyebabkan tangan kiri mangsa patah.

Mangsa yang masih dalam keadaan sedar terpaksa menahan kesakitan dan telah dibawa ke hospital Delta International oleh rakannya; Mohd Adnin bin Rashid. Pemeriksaan X-Ray yang dilakukan ke atas mangsa mengesahkan bahawa mangsa mengalami 'compund fracture of Ulnar and Radius' di tangan kirinya. Pembedahan 'reduction and plate fixation' telah dijalankan ke atas mangsa pada jam 11malam pada hari yang sama.

Pembedahan yang mengambil masa selama 3 jam itu berjalan lancar dan mangsa disahkan berada dalam keadaan stabil. Doktor mengarahkan mangsa untuk berehat di hospital sementara pemeriksaan (post surgical check up) akan dilakukan dari semasa ke semasa. Tangan mangsa dijangka pulih dalam masa 2 bulan.

Petang semalam, beberapa orang wakil dari Unit Kebajikan MedicMesir Tanta serta saudara pengerusi; Ahmad Samhan bin Awang telah menziarahi mangsa. Beliau kelihatan sedikit lemah dan pucat, namun masih mampu mengukirkan senyuman untuk menyambut kedatangan kami. Semoga saudara Mohd Erham diberi kekuatan dan kecekalan teguh menghadapi ujian yang sedang diharunginya.

Kos pembedahan saudara Mohd Erham bin Jonoh adalah sebanyak 5000LE, tidak termasuk kos sampingan yang lain seperti kos pemeriksaan dan ubat-ubatan. Bantuan serta sumbangan ikhlas dari seluruh warga pelajar Tanta University khususnya amatlah dialu-alukan dan didahuli dengan ucapan jutaan terima kasih dalam membantu meringankan beban yang menimpa saudara kita.


"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan ALLAH seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. ALLAH melipatgandakan bagi siapa yang DIA kehendaki, dan ALLAH Mahaluas, Maha Mengetahui"

(surah al-Baqarah 2:261)


Sebarang hal berkaitan sumbangan diminta untuk menghubungi individu berikut secara langsung:-

(Ikhwah) MOHD ERWAN BIN JONOH : 01124078508

(Akhwat) NOOR AMEERA BINTI RAHMAT : 0119508354



Sekian.

Unit Kebajikan MMtanta.

Monday, February 6, 2012

Program Baiti Jannati

Salam All...

Semoga dalam rahmat Allah sentiasa. Alhamdulillah sukacitanya pihak UNIT PERUMAHAN MMTANTA mengumumkan satu program yang bernama BAITI JANNATI yang akan dilancarkan dalam bulan Febuari selepas peperiksaan pertengahan tahun. Program ini bertujuan untuk mengerat ukhwah antara ahli rumah dan kesedaran ttg kebersihan keceriaan serta kepentingan biah yg sejahtera. Program ini berbentuk satu pertandingan yg mengambil aspek2 penting seperti ukhwah,kebersihan,keceriaan dan kebersamaan sesebuah rumah itu.

Bagi yg berminat boleh lah mendaftar KLIK DISINI

Sekian
Unit Perumahan
MMtanta

Saturday, February 4, 2012

Perkongsian ‘ Freedom for Palestine – Perjuangan Merentasi Sempadan’



1. Pada 29 Januari yang lalu, Unit Dakwah dan Tarbiah Medic Mesir Tanta dengan kerjasama Aqsa Syarif telah mengadakan sebuah program perkongsian bertajuk Freedom for Palestine – Perjuangan Merentasi Sempadan. Program ini berjalan selama dua jam bermula dari jam 1.30 petang dan diadakan di AC2 Imarah Medic Mesir Tanta.

2. Program ini disampaikan oleh saudara Abdul Azim bin Ismail, aktivis Misi Kasih Palestin merangkap Timbalan Presiden IKRAM UKE.

3. program dimulakan dengan bacaan ummul furqan al-Fatihah dan doa pembuka majlis. Selepas itu, saudara Azim memulakan perkongsian beliau sepanjang 4 hari 3 malam di bumi Gaza, Palestin. Beliau menunjukkan kepada kami gambar-gambar sepanjang perjalanan beliau di bumi al-Aqsa itu sambil bercerita tentang setiap kejadian yang berlaku.

4. Untuk pengetahuan semua, hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin melalui Aqsa Syarif telah digunakan untuk projek dua hala antara Malaysia dan Palestin. Antara projek-projek tersebut adalah projek kilang roti, ladang lembu dan kolam ikan air masin. Hasil keuntungan daripada projek-projek ini kemudiannya diagih-agihkan kepada fakir miskin di Gaza.

5. Banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari program ini. Antaranya, pentingnya tarbiah tentang kematian dalam diri kita dan sentiasa perbetulkan niat kita dalam apa jua pekerjaan juga pastikan kita memelihara niat kita semata-mata hanya kerana Allah.

6. kita haruslah sentiasa beserdehana dalam kehidupan kita walaupun kita adalah pemimpin kepada sesebuah organisasi. Contoh terbaik ialah Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Walaupun beliau merupakan ketua kepada rakyat Palestin, tetapi beliau hidup dengan sangat sederhana.

7. Program diakhiri dengan sedikit perkongsian daripada pengerusi Unit Dakwah dan Tarbiah, Saudara Azizul Hakim Mahdi dan penyampaian cenderahati buat saudara Abdul Azim.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama berusaha membebaskan bumi Palestin dari kekejaman rejim zionis Israel laknatullah walau dengan apa cara sekalipun, walaupun dengan sekecil-kecil usaha, contohnya boikot barangan yang menyumbang kepada Israel laknatullah dan sebagainya.

Laporan disediakan oleh

Amirah Farhana binti Roslan

Wakil Unit Dakwah dan Tarbiyah

Medic Mesir Tanta

Thursday, January 19, 2012

Time Management Course



Assalamualaikum ikhwah akhawat yg dikasihi sekalian,

Ingin tahu tips-tips membahagikan masa utk hal-hal dunia & akhirat?

Jemput datang ke talk yg bertajuk "Time Management Course". InsyaAllah, sangat bermanfaat bagi sesiapa yg hadir. Terbuka kepada semua.

Tarikh : 20 Jan 2012 (Jumaat)
Masa : 9 pagi
Tempat : AC2


‘’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." (HR Bukhari)


"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).

Tuesday, January 17, 2012

UPDATE MENGENAI PEMBAYARAN YURAN TANTA UNIVERSITY

Berikut merupakan senarai nama para pelajar yang telah menjelaskan yuran melalui Medic Mesir. Anda dibenarkan mengambil kupon makanan mulai esok hari 18/1/2012.

Info tambahan :

Pelajar-pelajar MARA juga boleh mula mengambil kupon makanan anda kerana MARA telah menjelaskan yuran kepada pihak universiti.


tahun Satu

tahun Dua

dan berikut pula senarai pelajar MARA tahun 3 yang telah dilunaskan yuran oleh pihak MARA.


*click untuk tumbesaran