Wednesday, August 24, 2011

Assalamualaikum kepada semua warga tanta khususnya dan kepada semua pembaca amnya.

Alhamdulillah, MedicMesir Tanta telah melancarkan Kasih e'Shrin iaitu program kemasyarakatan bagi mengumpul dana utk sumbangan kepada 120 buah keluarga miskin di bumi Tanta, khasnya di 2 buah kampung, Kafr Esom dan Kafr Himar. Kasih e'Shrin adalah kesinambungan dari Kasih Asyara yang berjaya dilaksanakan pada Ramadhan lepas.

Alhamdulillah, diperingkat MedicMesir, JOM! Kasih Ramadhan 2.0 dilancarkan bagi menyumbang kepada peringkat yang lebih global yang melibatkan mereka yang memerlukan di Malaysia, Mesir, Ghana dan Somalia. Sasaran kutipan adalah 130,000LE. Kempen berjalan selama 5 hari iaitu bermula 23 hingga 27 Ramadhan. Warga MedicMesir Tanta yang pulang bercuti giat untuk menjayakan Kempen JOM! Kasih Ramadhan ini. Sasaran kutipan adalah 130,000LE. Jumlah kutipan pada hari ketiga kempen telah mencecah sebanyak 76360LE.

Kempen '5 dalam 1' ini akan menyumbangkan kepada usaha-usaha dibawah:

Pertama: Islamic Relief, Egypt (Sasaran : 50,000LE)
Sumbangan akan disalurkan ke IR, Egypt untuk membantu mereka membina sebuah bangunan di Helwan, Cairo yang mampu menempatkan 500 anak2 kurang bernasib baik, termasuk anak yatim, miskin dan OKU.

Kedua: Kasih eShrin (Sasaran: 46,000LE)
Sumbangan Kasih eShrin akan menyumbangkan pek makanan kepada 120 fakir miskin Mesir dan 50 fakir di Malaysia.

Ketiga: (Sasaran: 20,000LE)
Sumbangan kepada Kem Pelarian Somalia. Somalia antara negara miskin dan dilanda kemarau terburuk dalam 60 tahun. Sumbangan kita amat bermakna buat mereka. Tahukah anada, sumbangan sebanyak 30LE sudah cukup untu memberi makan pasa setiap anak Somalia selama sebulan.

Keempat: (Sasaran: 4,000LE)
Sumbangan 800 Mushaf Alquran kepada rakyat Ghana. Tahukah anda beberapa kampung di Ghana susah untuk mendapatkan Mushaf AlQuran langsung?

Kelima: (Sasaran: 10,000LE)
Sumbangan kepada program komuniti dan khidmat kesihatan kepada Orang Asli di Cameron Highland.

Pihak kami memerlukan 20LE anda. Jangan tunggu lagi!

Bagaimana utk menyumbang?

CARA PERTAMA:
Anda boleh menyerahkan kepada wakil2 JOM! Kasih Ramadhan 2.0 samada di Malaysia atau di Tanta.
Malaysia : Tasneem / Siti Maisarah Razali / Siti Hawa Razali / Nabilah Omar
Mesir : Amalia Nadrah


atau

CARA KEDUA:
Anda boleh PLEDGE atau NIAT Sumbangan ANDA sekarang dan serahkan wangnya kemudian.
Sila PLEDGE diborang yang disediakan, anda boleh menyampaikannya kemudian kepada wakil2 JOM! Kasih Ramadhan atau memasukkan didalam bank kemudian. Pastikan PLEDGE dan NIAT anda dilakukan semasa anda berada didalam Zon Ramadhan! LINK BORANG 'PLEDGE atau NIAT'

MAKLUMAT PEMBAYARAN
Masukkan ke akaun 'Mansoura Consultancy' - Maybank - 512802511290

Segala pertanyaan, sila berhubung dengan :
Pengarah (Malaysia) : Aiman Jusri ~ +60133746393
Timbalan Pengarah (diMesir): Azizul Hakim Mahdi ~ +20142970299
Sekretariat program: Zahida ~ +60173947297


HARAPAN MEDICMESIR TANTA!
Ayuh! Jangan kita biarkan Ramadhan ini berlalu begitu sahaja. 20LE anda mampu membawa perubahan kepada kehidupan yang lebih baik buat mereka yang memerlukan ! Ayuh! Panjangkan makluman ini kepada rakan2 anda yang lain
" Barangsiapa yang memberikan petunjuk kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu' Riwayat Muslim

Apalagi ? Adakah anda ...Muslim NO Borders atau Muslim NO Bother! INFAQ 20LE sekarang !

Salam,
Azizul Hakim Mahdi, Timbalan Pengarah JOM! Kasih Ramdhan 2.0

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.