Thursday, May 13, 2010

Salam Rakan-Rakan semua,
Bersama ini dimaklumkan secara ringkas mengenai ICDL. Kemaskini ini juga adalah hasil dari mesyuarat saya, selaku Ketua ICDL MMTanta dengan Vice Dean, Dr Monem, pada Khamis, 13hb May 2010, 12 tengahari mengenai perkara ini. Sila ambil maklum dan sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan saya.

SAYA TANYA- DR MONEM JAWAB (Dr jawab dalam melayu lak!)

Bilakah kursus ICDL akan dimulakan di Tanta University?
Kursus dijangka akan bermula 1hb Julai 2010 (tarikh tetap akan dimaklumkan kemudian), yang pasti selepas FINAL exam!

Berapa lamakah kursus ini akan dijalankan?
Jumlah hari akan ditentukan tak lama lagi. Kursus akan bermula sebaik exam tamat!

Bilakah ujian ICDL diadakan?
Sebaik tamat kursus, dan bagi sesiapa yang sudah bersedia boleh mengambil exam bila-bila masa didalam jadual yang telah ditetapkan oleh Computer Centre (setelah pembayaran dibuat)

Bilakah Pembayaran perlu dibuat?
Selewat-lewatnya 15hb June 2010. Untuk pelajar MM, satu akaun khas akan di National Bank of Egypt akan di maklumkan kelak. Pelajar hanya perlu masukkan wang secara terus ke bank tersebut dan menyerahkan salinan 'Bank In Slip' kepada Koordinator.

Bilakah keputusan akan dikeluarkan?
3 bulan selepas ujian

Berapakah bayaran yang dikenakan?
300LE (exam sahaja)
100LE (utk kursus)
400LE JUMLAH

Kos ICDL di Tanta University?
Setakat ini, diatas adalah kos yang perlu dibayar.
Tetapi, dari hasil perjumpaan pelajar-pelajar, kebanyakan Tahun 1 bersama dengan 'Quality Assurance Team' KPT baru-baru ini, permintaan untuk mendapatkan ICDL secara PERCUMA telah dibawa ke perhatian universiti. Tetapi, setakat ini tidak ada keputusan yang SAH mengatakan ianya PERCUMA. (Kita doakan rayuan ini didengar!.)

Bilakah pilihan yang ada bagi saya menjalani ujian ini?
1. Sebaik selepas exam FINAL (kos 300LE +100LE)
2. Semasa awal tahun 2, MM telah memohon sesi lain semasa di tahun 2 dan telah dipersetujui oleh pihak universiti (berharap rayuan utk FREE sudah selesai pada waktu tersebut. kalau tidak kosnya adalah sama)
tambahan selain dari di Universiti
3. Di Malaysia, bersama pelajar preMedic MM di UPM (PERCUMA, tapi bergantung kepada tarikh pulang ke Malaysia)- perlu membawa laptop sendiri!

Adakah ujian ICDL di Malaysia diterima oleh Tanta University?
YA, kerana ujian biasanya diambil secara 'online' dan international standard. Pelajar hanya perlu menyerahkan sijil masing-masing kepada pihak Universiti sahaja. Rujuk http://www.icdl.com.my/homepage.htm

Di mana dan bilakah ICDL ditubuhkan?
Januari 1997, Dublin Ireland

Siapa yang mengawal harga ujian di setiap negara?
Pemegang Lesen ICDL di setiap negara. Contohnya di Mesir, adalah ICDL Mesir dan Tanta University adalah salah satu dari ATC (Authorised Training Centre). Maka kos ujian dibayar oleh Tanta University kepada ICDL Mesir.
Apakah versi program ICDL yang berada di pasaran sekarang?
Secara umum, ia dipanggil Versi 4.0 (merujuk kepada program ICDL Core)

Apakah modul yang diliputi dalam Versi 4.0?
7 modul di dalam program ICDL Core

Adakah Versi 4.0 digunakan di semua produk ICDL?
Tidak, versi 4.0 hanya digunakan untuk program ICDL Core

Berapakah markah untuk lulus ujian Advanced dan Specialized?
75% dan ke atas

Apakah maksud MQTB? Bagaimanakah MQTB dijalankan? Siapakah yang menanda MQTB?
MQTB - Manual Question Test Base adalah salah satu cara pengujian secara manual yang digunakan untuk program ICDL Advanced dan Specialized. Ia dijalankan dengan menggunakan assignment sebagai alat ujian. ICDL Malaysia akan bertanggungjawab untuk menanda assignment tersebut.

Apakah maksud Skills Card?
Skills Card merupakan identiti yang akan digunakan oleh setiap perserta yang berhasrat untuk mengambil ujian ICDL. Ia merupakan satu siri nombor unik berbentuk elektronik, bukan fizikal

Bilakah universiti di Mesir mula mewajibkan ujian ICDL
Bermula dari pengambilan sesi 2008 dan sesi 2009.

Apakah perbezaan antara ECDL dan ICDL?
ECDL – European Computer Driving License adalah sama dengan ICDL, tetapi ECDL digunakan di negara-negara Eropah sahaja

Jelaskan 7 modul (ICDL Core) di dalam platform Microsoft
Modul 1: Basic Concepts of Information Technology - IT Introduction/Networking
Modul 2: Using the Computer and Managing Files - Microsoft Windows
Modul 3: Word Processing - Microsoft Word
Modul 4: Spreadsheets - Microsoft Excel
Modul 5: Database - Microsoft Access
Modul 6: Presentation - Microsoft Power Point
Modul 7: Information and Communication - Outlook/ Internet Explorer

Mengapakah tidak di galakkan mengambil program Full Certification?
Ini adalah kerana program tersebut akan memakan masa yang panjang dan program yang ditawarkan mungkin tidak sesuai dengan semua peserta.
Apakah versi Microsoft Office yang boleh diuji dengan ICDL pada waktu ini?
Microsoft Office XP; 2003 dan 2007 | Microsoft Windows dan Vista

Untuk menyelaraskan ICDL dikalangan pelajar MedicMesir, sukacita sekiranya semua rakan-rakan dapat mengisi borang dibawah. Ini adalah untuk mempastikan nama anda tidak dimasukkan didalam senarai kursus dan exam, tanpa izin dan pengetahuan anda. Ini merugikan pihak universiti dari sumber tenaga dan penyelarasan. Sila buat keputusan mengikut kesesuaian dan kehendak diri anda.
Sila ambil maklum, hanya yang mengisi nama disini sahaja yang akan di ambil perhatian seterusnya!. Harap maklum. Tarikh tutup mengisi borang adalah 20hb May 2010.

Sekian, TerimaKasih

Salam,
Amalia Nadrah binti Samsuri
Ketua Unit ICDL
MMTanta

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.