Tuesday, May 11, 2010

Salam Sabahat2 semua,

Semoga masa lanjutan imtihan dimanfaatkan sebaiknya. Semoga lebih ramai lagi akan MUMTAZ. Ameen! Saya merujuk kepada sesi perjumpaan 1-2 minggu lepas mengenai perkara Carian Rumah!

Semua pelajar tahun 1 yang berhajat untuk tinggal dirumah sekarang mestilah menulis secara rasmi ke wakil exco perumahan selewat-lewatnya akhir July 2010 untuk penyelarasan rumah dengan adik-adik junior nanti dan pembaharuan akad. Untuk yang menginap dirumah MM atau Oman semasa musim panas, sewa akan ditentukan kemudian.

Diharap sesiapa yang berhajat untuk mencari rumah, Insyallah pihak unit perumahan MMTanta akan berusaha mendapatkan rumah anda. Ini adalah usaha tambahan dari usaha-usaha yang memang pun sudah berjalan. Dengan harapan, lebih ramai yang akan berjaya mendapatkan rumah yang TERBAIK dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Didalam tempoh pencarian, sekiranya anda telah bertemu sendiri dengan rumah idaman, sila maklumkan terus kepada Ustaz Baha agar prioriti diberi kepada yang masih mencari rumah.

Samada anda:
1. Sedang mencari rumah
2. Ada makluman mengenai rumah sewa untuk yang boleh disewa
3. Ingin mencari penganti bagi rumah yang sedang anda sewa sekarang

SILA ISI BORANG DI SINI!

Salam ikhlas,
unit perumahan MMTanta

Ahmad Hamizan (wakil Ikhwah)
Aisah (wakil akhawat)

1 comments:

  1. terima kasih kelab medic mesir..
    sayang kamu sume...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.