Saturday, July 10, 2010

Salam,

Semoga sentiasa berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt!

Bagi mereka yang sudah sampai ke pangkuan keluarga di Malaysia, manfaatkan masa bersama keluarga sebaiknya !!...
Bagi yang menghitung hari utk pulang ke Malaysia, sabar!...it won't be too long...make DOA!!....make DOA!!..
Untuk yang memang tak berhajat nak balik!!..Don't worry much...dok Mesir pun byk program dan manfaat ruang dan peluang untuk tingkatkan diri !

Dimanapun anda berada....debaran natijah imtihan semakin terasa.....!!...terasa dan terasa.....
Ha..Ha....biasalah ...ITU MESTInya debaran jiwa-jiwa INSAN YANG BERJAYA!...(ameen!!..)

Insyallah, natijah imtihan akan keluar hanya beberapa hari aja lagi.... Maaf, sengaja lambat update di blog, untuk memberi ruang perbincangan dengan beberapa pihak.

Selepas natijah imtihan diperolehi, (insyallah semua akan Najjah!)...masing-masing pasti akan sibuk dengan menguruskan TAJAAN.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Ummi berharap untuk memberi sedikit sebanyak panduan!

A. TAJAAN mana yang nak di pohon?
1. Seperti yang semua sedia maklum, Tajaan JPA sesi Kedua 2010 telah pun dibuka dari awal bulan sehingga 30 Julai 2010 http://esilav2.jpa.gov.my/
Oleh itu, antara banyak-banyak pilihan tajaan, uruskan JPA dahulu sebabkan tarikh tutupnya yang terdekat!

Anda boleh mengisi borang online ini sekarang tetapi harus menunggu Natijah untuk mengisi ruang ' GRED KEPUTUSAN'
Setakat hari ini, tidak ada sebab mereka yang mendapat Jayyid Jiddan dan MUMTAZ tidak mendapat JPA. Ada beberapa kes rayuan mereka yang memperolehi Jayyid juga mendapat tajaan JPA.
Rezeki anda terletak ditangan Allah swt!...teruskan memohon dari nya!

2. Tajaan MARA. Untuk makluman semua, MARA masih berhadapan dengan kekangan 'budget'. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak boleh memohon. Scenario tajaan JPA dan MARA berbeza kerana MARA tidak menetapkan tarikh tutup, kerana secara dasarnya Tajaan MARA tidak dibuka buat masa kini. Oleh itu, anda dinasihat untuk memohon juga Tajaan MARA, selepas urusan permohonan JPA anda selesai.

Untuk tujuan MARA, ummi akan membawa bersama Borang Tajaan MARA beberapa hari lagi dan akan diberikan kepada mereka yang MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN sahaja.Atas nasihat pegawai atasan MARA, borang yang diberi akan di pohon secara berkumpulan. Ini bagi memudahkan urusan dalaman MARA.

Oleh itu, mereka yang mengambil borang MARA dari ummi selepas keputusan diumumkan, mestilah melengkapkan dan menghantarnya semula sebelum 16hb Julai 2010.

Kepada mereka yang sudah pulang bercuti, sila dapatkan Borang Tajaan MARA terus dari Kaunter Bahagian Penganjuran MARA, Tkt 3, Bangunan MARA, KL. Anda mungkin berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan Borang Tajaan MARA. Sila berhubung dengan Sdr Izzuddin (di talian 013 8804719) untuk sedikit tips!

3. Tajaan Zakat dan Lain-lain
Sila pohon kesemua yang relevan dengan anda , agar anda tidak bergantung kepada JPA atau MARA sahaja dan jika anda mendapat lebih dari 2, maka boleh membuat pilihan!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

B. KEPUTUSAN

1. Slip keputusan akan di cetak oleh 'Team Prosesan Natijah Imtihan' sehari sebelum keputusan rasmi diumumkan. Team yang membantu ini diketuai oleh Rushaida (shida tibb).
Slip keputusan asli yang di masukkan didalam sampul akan diserahkan secara peribadi selepas keputusan rasmi diumumkan oleh Dean universiti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

C. DOKUMEN YANG DISEDIAKAN BERSAMA DENGAN SAMPUL NATIJAH

1. Natijah Tahun 1 yang disahkan oleh universiti (asli)
2. Surat tawaran Unconditional yang menyatakan kadar yuran untuk setiap 6 tahun pengajian (sudah siap dicetak)
3. Pengesahan naik Tahun Kedua (akan dicetak bersama Natijah)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

D. SERAHAN KEPUTUSAN

Untuk pelajar yang ada di Mesir , akan diserahkan secara peribadi kepada pelajar.
Untuk pelajar yang pulang ke Malaysia, akan di email dan di pos secara POS laju salinan asal kerumah masing-masing.

IbuBapa yang berminat mendapatkan salinan keputusan diemail kepada mereka masing-masing serta analisa keputusan, sila isi BORANG KHAS NATIJAH IMTIHAN UNTUK IBUBAPA.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

E. 'NON OBJECTION CERTIFICATE' (NOC) atau SSLN
Kedua ini merujuk kepada perkara yang sama. Untuk batch 2009, KPT memerlukan Keputusan Tahun 1 sebelum mengeluarkan SSLN. Menurut KPT, masa yang diperlukan adalah 2 minggu untuk mengeluarkan dokumen tersebut.

MedicMesir akan menghantar semua dokumen semula ke KPT sebaik sahaja semua dokumen C 1-3 diperolehi. Untuk tujuan ini, anda dikehendaki membuat follow up secara terus andaikata tiada jawapan selepas 2 minggu dari tarikh keputusan dikeluarkan.

TIPS: Mengikut pengalaman, prosesan yang dihantar secara individu adalah lebih cepat diproses jika dibezakan dengan berkumpulan. Oleh itu, sesiapa yang ada kemampuan menghantar sendiri, sila berbuat demikian.

JPA menyatakan keperluan salinan NOC, andaikata, salinan NOC dapat lewat atau tidak dikeluarkan atas apa-apa sebab, anda dinasihati untuk terus menghantar dokumen-dokumen lain selewat2nya 10hb August 2010. Dokumen NOC boleh dihantar kemudian.

Untuk makluman semua , semasa sesi 1 2010, ramai yang BERJAYA mendapatkan Tajaan JPA tanpa salinan NOC.Ini adalah NOC / SSLN bukan lah syarat untuk pendaftaran HousemanShip di kementerian Kesihatan buat masa ini(rujuk HRD, KKM).

Jika anda ingin mendapatkan reference untuk tujuan ini, sila berhubung MM untuk mendapatkan nama dan no telefon untuk rujukan selanjutnya.
------------------------------

F. AKHIR KALAM!

Panjatkan doa kita kepada Allah swt....Rezeki dan rahmat ada miliknya!....Kita doakan agar semua Najjah wa Mumtaz dunia akhirat!....Ya Allah! Jauhkan natijah yang mendukacitakan kami dan ibu bapa kami!.. Ya Allah! Jauhkan kami dari ujian yang tak mampu kami tanggung!!...Ameen ya Rabb!

Mohon lah dari Allah!...Mohon juga maaf dgn sesama insan...agar tidak terhijab doa kita.

Salam sayang,
ummiMM

2 comments:

  1. slm ummi..kalau saya hndak borg MARA cmne ya :)
    sbb saya tak balik la tahun ni :)

    ReplyDelete
  2. Asslm....Macamana nak isi Borang Khas Natijah Imtihan Untuk Ibubapa, mana nak dapat borang ni?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.