Wednesday, July 7, 2010

Kekuatan sebuah organisasi bergantung kepada kebolehan untuk bersatu dengan satu organisasi yang lain, berbeza tetapi kearah yang sama.

Kini dengan berlangsungnya Majlis ramah mesra baru2 ini yang diadakan di Darul Rasyid Siberbay dihadiri oleh ISMA Tanta dan MMtanta.

Dengan program ini terjalinlah ukhwah antara MMtanta dan ISMA cawangan tanta.
Majlis bermula selepas solat Zuhur dimulakan dgn ucapan dari Ust Fuad sebagai Ketua Perhubungan ISMA (Tanta) dan Dr.Samhan pengerusi MMtanta.

Setelah selesai ucapan pihak kami dijamu dengan jamuan yang menyelerakan Mee Johor yang di masak sendiri oleh Ust Fuad(nak resepi bole minta ye!!).

Setelah selesai semuanya Majlis bersurai sebelum Asar dan semua pulang ke rumah masing2. MMtanta berharap agar majlis ramah mesra ini akan diadakan setiap tahun agar ukhwah yang terjalin ini berkekalan. Tahniah Kepada ISMA dan MMtanta.



MMcore

2 comments:

  1. Alhamdulillah!

    semoga selepas ni leh rancang byk lagi program ya!

    wakil2 Isma Tanta....kalau berkesempatan nak jumpa adik2 MM di Malaysia...amat2 lah dialu2kan!

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH diucapkan kepada adik2 medic mesir di atas kejayaan antum dalam exams yg lepas. teruskan usaha kalian dlm memarbatkan islam agar kembali gemilang. selamat maju jaya. salam ukhuwwah fillah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.