Salam Alaykum,
Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul !
Syukor kehadrat Allah swt atas segala nikmat dan rezeki yang dilimpahkan kepada kita. Syukor juga atas keizinannya dapat kita sama-sama menjadi ahli keluarga bumi anbiya Mesir. Peluang membuka mata dan menyedarkan kita akan kemiskinan yang berhadapan dengan anak-anak di bumi Mesir!.
Sempena Ramadhan tahun ini, alhamdulillah, kita masih berkesempatan utnuk menyumbang, ya 10LE...10LE....ya, 10LE !! iya tidak banyak, tapi mungkin amat bermakna untuk saudara seislam kita di bumi Tanta.
Insyallah, sempena Hari Nuzul Quran, Jumaat, 27hb Ogos, MMTanta dengan rasa rendah diri akan:
1. Menyampaikan sumbangan makanan keperluan harian kepada 60 keluarga fakir miskin terpilih di Tanta dan
2. Mengadakan iftar dan sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Kafr Isam.
Oleh itu sumbangan 10LE anda amat kami perlukan!
Semua kita, boleh menyumbang, samada yang ada di Mesir dan yang bercuti di Malaysia.
Bagimana?
1. Anda kasihkan 'A'syara' LE (10LE) yang ada ditangan anda? Jika YA, hulurlah kepada mereka yang anda kasih, demi 'Ukhuwah Fillah, UF!'
2. Jika anda di Mesir, serahkan wang tersebut kepada koordinator program dibawah.
3. Jika anda di Malaysia, 'infaqkan' niat anda untuk menyumbang didalam Borang JOM 'Kasih-A'Syara'. Serahkan wang tersebut kepada koordinator sebaik anda tiba di Mesir.
4. Program ini terbuka kepada semua. pelajar baru sesi 2010 juga disaran untuk sama menderma. Serahkan 10LE anda kemudian, bila anda tiba di Mesir nanti.
5. Bagi mereka yang berada diluar Mesir dan Malaysia, anda menyumbang mengunakan akaun PAYPAL, boleh menghantar sumbangan ke akaun PAYPAL 'niza.nazri@gmail.com'
Ibubapa pelajar yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Ukhti Siti Maisarah dan salurkan sumbangan anda melalui akaun MedicMesir iaitu "CampusCity Management', Maybank, 512802506800. Sila faxkan slip bank in ke 0389423827 (atas sila tulis, nama penyumbang (utk JOM! Kasih A'syara) ). Syuran Awi2 kami ucapkan!
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Koordinator:
Mesir: Akhi Hidayat (hidayatzmrsm) dan Ukhti Rabiatul Adawiyah (adawea_91)
Malaysia : Ukhti Siti Maisarah 0136086548
Semoga Allah swt 'SATUkan' hati-hati kita dengan 'kasih sayang' keranaNYA. Ameen!
Salam sayang dan sayang,
ummiMM
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.