Tuesday, September 14, 2010


Salam...

Dengan ini seluruh warga MMtanta serta muhafazah lain mengucapkan takziah serta kami mendoakan agar roh kepada Bonda tersayang Ummi Rogiah Mat Nur yang lahir pada 1 ogos 1944 dan kembali kepada penciptanya pada 13 september 2010 umur 66 tahun agar ditempatkan di golongan orang2 yang beroleh syurga kelak.

Bonda ummi mula sakit pada hari akhir ramadhan di mekah setelah selesai menyempurnakan tawaf wida'@ tawaf selamat tinggal dan telah diberi kekuatan zahir dari Allah untuk bertahan didialam penerbangan dari jeddah ke kuala lumpur via Bahrain. Semasa dalam penerbangan krew kabin dan krew di lapangan terbang telah diarahkan untuk menyediakan ambulans serta doktor kecemasan untuk rawatan setelah mendarat. Setelah diberi rawatan pertama arwah telah di hantar ke hospital ampang puteri untuk diberikan rawatan lanjutan selama tiga hari. Doktor2 telah menyatakan bahawa harapan amat tipis kerana buat masa itu Arwah sedang menjalani Life Support.

Lalu ahli keluarga membuat keputusan untuk melepaskan arwah agar boleh kembali dengan tenang. Sebelum life support dipadamkan arwah telahpun kembali kepada penciptanya dengan tenang pada jam 2 petang(waktu malaysia) atas sebab diabetes.Dimandikan oleh keluarga pada jam 3 petang dan terus dibawa ke Ipoh untuk pengebumian.Segala urusan solat jenazah dan yasiin telah diadakan di masjid Solatiah, Rapat setia, berhampiran rumah ummi dan arwah. Semua urusan pengurusan arwah tamat dalam tempoh masa 7 jam.

Menurut ahli keluarga serta ummi sendiri "She was a good wife and mother".

Dengan ini sekali lagi seluruh warga MMtanta mengucapkan takziah dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada roh arwah. selain mendoakan agar ummi terus diberi kekuatan zahir dan batin Amiin Insyallah.



Izzuddin Azaharuddin
Wakil MMtanta
Via Malaysia

6 comments:

  1. “To Allah we belong and to Him we shall return"
    al-fatihah

    ReplyDelete
  2. Salam takziah kepada ummi atas pemergian ibu tercinta. Kami semua mendoakan ummi agar terus kuat. Al-fatihah~

    ReplyDelete
  3. Saya sekeluarga mengucapkan takziah buat umi sekeluarga atas pemergian bonda tersyg. Semoga Umi tabah dan redha dengan ketentuanNYA.
    Al-Fatihah~

    ReplyDelete
  4. Salam Pn Siti,

    Salam Takziah.
    AL-FATIHAH.....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.