Salam,
Bagi pihak seluruh warga MedicMesir, ummi ingin mengucapkan TAKZIAH kepada Ukhti Rusferlina Ruslan atas kehilangan ibu tersayang, Arwah Afidah binti Talib. Sama-sama kita panjatkan doa agar arwah ditempatkan bersama mereka yang soleh.
Secara peribadi, ummi amat terharu atas komitmen yang ditunjukkan oleh Arwah yang sentiasa mengambil berat mengenai hal anaknya di Tanta. Arwah antara ibu-ibu yang selalu memohon update perkembangan anaknya.
Dan terakhir, semasa cuti musim panas, Arwah banyak kali menelefon Ummi untuk mendapatkan masa Ummi yang agak padat di Malaysia. Pertemuan tersebut sebenarnya, hanya untuk mengucapkan Terima Kasih dan menghadiahkan Ummi , kek 'home-made' yang dibuat oleh Arwah sendiri. Bersama kek tersebut juga, terdapat 'mini chocolates' yang dibuat khas oleh Arwah. The chocolates were too special...(sangat lah cantik)....sehingga Ummi tidak membenarkan anak-anak Ummi membukanya, kerana, ingin menghadiahkannya semula kepada orang yang begitu istimewa dalam hidup Ummi juga, Ibu Mertua Ummi.
Hanya secebis kisah, sebagai ingatan dan kenangan manis. Semoga Allah swt memberi keampunan dan Jannah Tanpa Dihisab kepada Arwah.
Dijemput semua ke Majlis Tahlil malam ini selepas maghrib di Academic Centre MMTanta. Untuk ikhwah , di AC 1 dan Akhawat di AC2. Sila datang sebelum Maghrib.
Salam TAKZIAH,
ummiMM
Monday, October 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.