Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi. Maha Mengasihani.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Semoga anak-anak MedicMesir sentiasa berada didalam perlindungan Allah swt. Maaf, atas penjelasan yang mungkin datang agak lewat. Bagaimanapun diharap makluman ini sedikit sebanyak memberi manfaat.
Alhamdulillah, syukor kehadratnya, maka dengan izin Allah swt, MedicMesir telah berpeluang untuk membuka sebuah 'Academic Centre' ringkasannya, AC, ruang 2 tingkat, yang mana:
Tingkat Pertama untuk pelajar lelaki dan
Tingkat Kedua untuk pelajar perempuan.
Alhamdulillah, struktur bangunan ini, apabila siap sepenuhnya, pintu masuk ke Tingkat 1 dan 2 adalah berlainan. Ini mempastikan pelajar lelaki tidak semudahnya memasuki imarah (bangunan) pelajar perempuan.
Pada asalnya, MedicMesir tidak memikirkan untuk membuka AC ini. Mungkin sebab faktor kos dan keadaan tidak mendesak pada awalnya. Tetapi, beberapa persoalan timbul, yang memaksa pembukaannya diteruskan.
LATARBELAKANG PENUBUHAN AC
Tahun 2009 - 'Rejection' dari pihak-pihak tertentu
Pada tahun 2009, MedicMesir telah didatangi oleh sebuah persatuan yang mendakwa bahawa pembukaan AC ini adalah menyalahi undang-undang badan berkuasa Tanta. Maka, pada hari berikutnya, makluman tersebut disampaikan kepada pihak Kedutaan Malaysia di Mesir, dan pihak kedutaan menyanggah kenyataan ini dan sebaliknya menyokong penubuhannya atas dasar manfaat untuk anak-anak bangsa Melayu sendiri.
Ini juga disokong oleh majoriti ibubapa pelajar yang terlibat didalam memberi pendapat dan pandangan masing-masing.
Tahun 2010 - Faktor yang mendesak penubuhan AC
Pada sesi 2010, antara faktor yang MENDESAK PENUBUHAN AC adalah,
PERTAMA: Isu keselamatan pelajar perempuan
Bangunan ini menempatkan 12 rumah pelajar perempuan (sekitar 80 pelajar). AC terletak pada tingkat 1 dan 2 bangunan yang sama. MedicMesir telah dimaklumkan oleh tuan bangunan, sekiranya MedicMesir tidak menyewa kedua-dua tingkat 1 dan 2 ini, maka ianya akan disewa kepada SYARIKAT ARAB MESIR.
Atas dasar keselamatan anak-anak pelajar perempuan MedicMesir Tanta, beberapa orang ibubapa pelajar MedicMesir Tanta telah diajak untuk berbincang untuk memberi pendapat dan akhirnya memutuskan isu ini.
Keputusan perbincangan bersama ibu bapa ini memutuskan:
1. Mempastikan ruang tingkat 1 dan 2 tidak disewa kepada syarikat Arab Mesir.
2. MedicMesir menyewa ruang tersebut,
3. Memanfatkan ruang tersebut untuk kemaslahatan prestasi akademik pelajar MedicMesir Tanta.
KEDUA: Ruang 'library' di universiti yang amat TERHAD.
Setelah mendapat pandangan dari beberapa pelajar, antara permasalahan pelajar Tanta University adalah ruang 'library' yang amat terhad. Ruang dan keadaan 'library' di Tanta University amat jauh ketinggalan jika dibezakan dengan universiti-universiti lain. Masalah ini telah diajukan kepada pihak universiti, namun, perubahan struktur pembangunan universiti akan mengambil masa yang lama. Kita doakan agar cadangan pengislahan 'library' Tanta University akan diberi perhatian berat oleh pihak universiti. MedicMesir akan terus berusaha untuk mempastikan keluhan ini diterima dan seterusnya dibina sebuah 'library' setaraf dengan kemudahan yang disediakan oleh universiti-universiti lain, terutamanya seperti Alexandria, Mansoura serta Al Azhar University.
Atas alasan kritikal diatas, maka dengan ini, satu ruang alternatif diwujudkan. Insyallah, AC akan dilengkapi dengan perabut yang membolehkan pelajar-pelajar MedicMesir untuk mengunakan ruang yang disediakan untuk menelaah pelajaran serta 'study group', terutamanya di luar waktu akademik , terutamanya waktu malam dan waktu cuti.
KETIGA : Keputusan CEMERLANG tahun 2009-10 & Jumlah pelajar MedicMesir Tanta yang meningkat.
Pada sesi lepas, jumlah keseluruhan MUMTAZ dan Jayyid Jiddan Tahun 1 melebihi 100 pelajar, majoritinya pelajar MedicMesir. Usaha penubuhan AC ini mungkin, sebagai ganjaran kepada mereka yang telah membuktikan kejayaan. Dengan kemudahan tambahan, insyallah untuk tahun ini, prestasi ini dapat ditingkatkan lagi, terutamanya untuk Tahun 2 yang lebih mencabar.
Bagi pelajar-pelajar baru sesi 2010-11, kejayaan tahun lepas patut dijadikan contoh dan dijadikan satu cabaran untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang.
Sesi 2010/2011, jumlah pelajar MedicMesir telah melebihi 300 pelajar. Oleh itu, atas rasa tanggungjawab, kemudahan pelajar-pelajar dibawah MedicMesir perlu diberi perhatian. Mungkin tidak semua yang memerlukannya, tetapi separuh, yakni 150 pelajar yang memanfaatkannya, sudah cukup memberi kesan kepada peningkatan akademik keseluruhannya.
KEEMPAT : Kemudahan ruang untuk program
Di Tanta, dari segi ruang berprogram untuk pelajar Malaysia amatlah terhad dan scenario mungkin berbeza jika dibanding dengan dengan Alexandria, Mansoura dan Cairo.
Di Alexandria, terbinanya bangunan MARA kerana majoriti pelajarnya adalah pelajar tajaan MARA.
Di Cairo, memandangkan ianya adalah pusat bandar, maka 'Dewan Malaysia Kaherah' serta dewan rumah-rumah negeri tersedia bila-bila masa untuk diguna.
Di Mansoura, memandangkan majoriti pelajarnya adalah pelajar dibawah agensi GMN, maka, pihak GMN turut menubuhkan 'Academic Centre' bagi manfaat pelajar-pelajarnya juga bermula 2 tahun yang lepas.
KELIMA : Keputusan penubuhan AC
MedicMesir tidak membuat keputusan sewenang-wenangnya, tetapi telah mengambil pendapat beberapa pihak termasuk:
a. Pelajar-pelajar yang melihat akan keperluan AC.
b. Ibubapa yang prihatin atas keselamatan serta masa depan akademik anak masing- masing (terutamanya anak-anak perempuan).
c. Pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah
d. Pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah
e. Dekan dan Timbalan Dekan Tanta University
(salinan sokongan dikepilkan)
Pada 8hb Oktober 2010, sempena lawatan oleh Y.B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom di Alexandria, makluman mengenai AC ini telah dikemukakan kepada Y.B.. Beliau dengan sukacitanya menyatakan sokongan terhadap usaha ini.
KEENAM : Urusan keselamatan dengan 'Amir Daulah' Tanta.
MedicMesir telah menerima ugutan-ugutan oleh pihak tertentu. Bagaimanapun, perkara ini telah dibawa kepengetahuan pihak JPMK dan pihak universiti.
Pihak universiti telah menghubungi terus pihak Amir Daulah dan memaklumkan ianya TIDAK MENJADI MASALAH. Pihak Amir Daulah turut memberi sokongan keselamatan kepada semua warga asing, terutamanya penduduk Malaysia di Tanta.
Pihak universiti, terutamanya, Dekan, Tanta University teleh memberi JAMINAN SEPENUHnya atas keselamatan anak-anak Tanta University.
Oleh itu, sebarang permasalahan atau ugutan diminta untuk diadukan terus kepada beliau. Segala aduan ugutan juga boleh diadukan terus kepada pihak kedutaan.
RUMUSAN
1. Atas kesedaran diatas, maka MedicMesir meneruskan untuk menubuhkan AC demi memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang BERMINAT untuk memanfaatkannya secara positif
2. MedicMesir telah memperuntukkan sebanyak 200,000LE untuk tujuan pembangunan AC untuk tahun 2010 sahaja dan dijangka menelan belanja hampir 800,000LE untuk tempoh 6 tahun. Ini semua diambil dari peruntukan yang disediakan oleh MedicMesir. Namun, insyallah, ada pihak korporat yang terdiri dari ibubapa pelajar yang berminat untuk menyumbang. Alhamdulillah!
HARAPAN UMMi
1. Diharap agar penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran mengapa perlunya AC.
2. Agar kemudahan ini dapat dimanafaatkan sebaik mungkin terutamanya untuk kecemerlangan akademik.
3. Berfikiran TERBUKA untuk menerima secara positif kemudahan untuk pembangunan anak-anak bangsa Melayu sendiri, tanpa mengira latarbelakang dan agensi.
Akhirkata,
Jika pembukaan AC adalah satu DOSA BESAR yang ummi lakukan untuk anak-anak MedicMesir yang ummi sayangi. Ummi mohon maaf. Tetapi, tidak lain hanya untuk melihat anak-anak yang diamanahkan oleh ibu ayah diberi perhatian sebaik mungkin. Namun, hakikatnya, tiada gantian kasih sayang seorang ibu kandung terhadap anaknya. Maaf atas kekurangan serta kekhilafan Ummi sendiri. Semoga Allah swt memberi keampunan!
Salam Sayang dari,
Siti Haniza Mohd Nazri aka ummiMM
salinan kepada:
1. Y.B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2. En Shaiful Anuar Bin Hj Mohammad
Ketua Usaha Sementara
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
3. Dato' Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi
Ketua Pengarah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
4. Professor Madya Dr Jamil bin Hashim,
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah
Wow!! congratulations MedicMesir tanta 4 the success in spite of the troubles in setting up this academic centre!!! this proves to show that if u are determined u can achive what you want!!
ReplyDeleteSalam alaikum Puan Siti dan seluroh anak-anak Mesir.
ReplyDeleteMaafkan, saya adalah ibu kepada pelajar yang juga anak ada diTanta University. Saya adalah pengunjung setia blog ni. antaranya untuk mendapatkan perkembangan anak saya sendiri.
Kali ini, terpanggil untuk memberi komen.
Maafkan, saya mengucapkan TAHNIAH kepada pihak MedicMesir, bukan setakat isu AC ni, tetapi dari awal mununjukkan keprihatinan terhadap pelajar-pelajarnya.
Anak saya sendiri, yang ke Tanta melalui agensi QAS, sering memuji MedicMesir. dan kekadang timbul perasaan jeles. Namun, saya juga difaham beberapa program yang lepas mereka turut bersama-sama MedicMesir terutamanya program akademik.
Saya menganggap usaha ini patut dicontoh oleh agensi lain. Janganlah kita jadi seperti KETAM. Menarik dan asyik berfikiran NEGATIF...dan mencari KESALAHAN.
QAS? bila lagi nak upgrade kemudahan anak2 kami!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletei'm a concerned parent of one of your students and i have read articles form all parties pct dpmt and also mm and i am etremly dissapointed by the actions and words of the dpmt and also the pct. these actions show the weakness and a sign of them being unprofessional. I am extremly happy that medic mesir has set up a good spot in tanta.
ReplyDeletecongratulations and may success always 4 u...
Assalamualaikum
ReplyDeleteTahniah kepada MedicMesir dan juga warga MM Tanta. Pelik dengan sesetengah orang yang negatif dengan benda baik...ada jugaklah orang macam tu kat bumi bertuah...bilalah orang Islam nak maju.
Pelik dan sungguh pelik...
Tanhniah sekali lagi kepada MM kerana terus bergerak walaupun ada saja halangan.
p/s: Bila MM nak aktif Kat Alex :)
Salam Pn Siti,
ReplyDeleteKami ibu-bapa ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesungguhan Pn dalam menjayakan apa jua program untuk anak-anak medicmesir di Tanta. Pn telah banyak membantu anak-anak medicmesir dari segi pelajaran dan bantuan khidmat nasihat. Pn telah banyak menyalurkan sumbangan dari segi tenaga dan wang bagi memastikan anak-anak medicmesir mendapat kejayaan cemerlang di dalam pelajaran mereka. Ini telah terbukti dengan keputusan cemerlang utk semester tahun lepas 2009/2010. Harapan kami ibu-bapa agar khidmat puan diteruskan agar usaha murni ini dapat dimanafaatkan oleh semua pihak. Kami berdoa agar puan tidak mudah putus asa di atas apa jua rintangan yang dihadapi. Kami ibu-bapa ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih sekali lagi di atas kecekalan dan usaha puan dalam menghadapi situasi ini. Semoga jasa baik puan di berkati oleh Allah. Wassallam.
Assalamualaikum Wabarakatuh,
ReplyDeletePertamanya, sy mengucapkan TAHNIAH atas sokongan dan keprihatinan Puan kpd anak-anak kami di Tanta.
Spt yg puan sedia maklum, sy juga mempunyai anak yang belajar diMansoura, dihantar melalui agensi lain. Namun, pilihan memilih MedicMesir, bukan satu keputusan terburu-buru, malah, semasa anak saya berada di Tingkatan 4 lagi. Ini hanya kerana saya hanya mengenali MedicMesir setelah menghantar anak saya ke Mansoura 2 tahun lepas, melalui anak saya.
Sy telah membaca banyak link yang telah dihantar melalui anak sy di Tanta. Namun, saya mohon kerjasama pihak Puan untuk tidak patah semangat dan teruskan perjuangan demi anak2 Melayu. Anggaplah, ini adalah sikap Melayu dan kepribadian akhlak yang tidak patut dicontohi terutamanya jika mereka yg didakwa berilmu agama yg tinggi.
Sy ingin menarik perhatian atas satu blog yang telah dibuka oleh pelajar Tahun 2 MedicMesir. Saya menganggap mereka bukan golongan yang bersyukor. Mungkin mereka tidak menjiwai permasalahan yang timbul oleh pelajar yang dihantar oleh agensi lain(spt yg dirasai anak sy). Daftar, hantar ke universiti, sediakan rumah....dan SELESAI!.
Mengenai berbangkit isu mengapa memilih jalan datang dengan agensi atau terus dengan pihak KPT. Sy rasa ini jelas, sebab telah diterangkan dengan sejelasnya melalui slide setiap taklimat yang Puan berikan. Ini amat jelas dan telah diterangkan....cara-cara untuk belajar di Mesir. Saya amat faham terutamanya, ini anak kedua yang belajar diMesir.
Oleh itu sy mencadangkan 3 perkara:
1. Puan membuat pilihan pelajar yang ingin meneruskan mendapatkan perkhimatan Puan atau sebaliknya. Ini adalah kerana, untuk pelajar Tahun 2 telah boleh dianggap SELESAI URUSAN MEDICMESIR. Ibu bapa Tahun 1, tidak mahu pelajar-pelajar ini membawa masalah kpd anak-anak kami yang baru sampai. Puan juga boleh membuat pilihan kepada anak-anak kami untuk Tahun hadapan, apabila mereka masuk Tahun 2. Biarlah mereka memilih. Ini memudahkan urusan Puan sendiri.
2.Pihak kami, beberapa ibubapa pelajar, sedia untuk membantu Puan membangunkan anak-anak , insyallah semasa lawatan-lawatan kami, terutamanya dibidang SOFT SKILL. Harap disokong oleh pihak Puan juga.
3.Kami menerima aduan, terdapat pelajar-pelajar senior yang masuk kerumah anak-anak kami yang baru sampai dengan hasutan-hasutan yang negatif. Anak kami mula naik rimas dan rasa terganggu. Sy harap Puan ambil berat hal ini. Mohon amat sangat bantuan Puan.
Pesanan utk anak-anak, BELAJARLAH UNTUK BERLAPANG DADA!
Sy berharap Puan memberi pertimbangan demi kebaikan anak-anak. Mohon komen Puan atas saranan sy.
Yg mengharap,
Prof Dr IdrisOthman
dr.idrisothman@gmail.com
http://5rus-aljanianji.blogspot.com/2010/10/agen-medic-mesir-perlu-beri-kerjasama.html
ReplyDeleteSalam Puan Siti dan kumpulan MEdic Mesir.
ReplyDeletesaya harap tidak terlambat nak ucapkan terima kasih banyak banyak kerana tidak pernah rasa penat dalam meneruskan usaha menghantar anak anak Islam meneruskan pelajaran ke mesir. Sekalipun sedar akan kedaifan di sana berbanding di Malaysia, saya tetap yakin akan kejayaan anak saya selagi Allah mengizinkan.
Mudahan,anak anak kita semua selamat dunia dan akhirat.
Thanks. Dr Sharifah Sariah Syed Hassan (umi sharifah zahra)
UIAM
terus kan usaha ummi ! insya-Allah AC ini akan memberi manfaat yg sgt besar kepada semua anak bangsa yg berjuang di bumi bertuah ini. kami sentiasa menyokong ummi. hilangkan sifat HASAD DENGKI, tiada apa rugi kalau anak bangsa sendiri maju !!
ReplyDeletejawab Puan Siti sila la jawab
ReplyDelete