Monday, November 29, 2010

26November2010 : Satu ceramah telah diadakan di Academic Centre Imarah Medic Mesir. Ceramah yang bertajuk “Adakah kita insan yang berguna?” telah berjalan dengan lancar dan telah disampaikan oleh Ustaz Fadhil yang diterbangkan khas dari Malaysia.

“Kenali Diri” merupakan tajuk pertama bagi memulakan sesi ceramah pada pagi itu. Ustaz Fadhil menekankan tentang potensi diri dan kenali pencipta. Di sini kita dapat melihat bahawa jika kita mendalami & memahami potensi diri insyaallah akan Berjaya kelak di samping berpegang dengan iman dan taqwa.

Selain itu, Ustaz Fadhil mengatakan belajar juga merupakan salah satu proses untuk kita mengenali diri sendiri. Melalui belajar kita boleh tahu kelebihan serta kekurangan yang ada di dalam diri dan seterusnya menjadikan kita insan yang berguna kelak. Sebagai contoh jika kita tidak tahu sesuatu jangan malu bertanya kerana orang yang malu bertanya sesat jalan. Sebenarnya sebelum menguasai sesuatu perkara kita haruslah berbalik kepada diri sendiri kerana “The Greatest Conquest Is The Conquest Of Ourselves”. Setelah itu, kita harus memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan.

Di samping itu, kita seharusnya mempunyai misi masing-masing dalam menjalani kehidupan ini. Sekiranya tiada misi hidup,perjalanan hidup hanyalah seperti rutin harian yang sentiasa berulang dan lama-kelamaan kita akan mulai merasa bosan dan tidak salah kalau kita samakan seperti kehidupan sebuah robot. Allah telah berfirman di dalam ayat [51:56] “ Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan agar mereka beribadah padaKu...”

Maka setiap perkara yang kita lakukan haruslah berlandaskan iman dan taqwa supaya setiap perkara yang dilakukan tidak sia-sia di samping boleh menjadi bekalan kepada kita di akhirat kelak.

Beberapa video yang berkisar tentang kehidupan telah ditayangkan dan sedikit sebanyak telah meniupkan semangat baru di dalam setiap hadirin yang hadir. Sesungguhnya ceramah pada kali ini sememangnya memberi manfaat yang baik.


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.