Saturday, November 20, 2010

Salam,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha buat seluruh kaum muslimin dan muslimat khususnya yang berada di bumi anbia ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana sudi meluang masa dan juga tenaga bagi menjaya program selama 3 hari ini.Setiap unit telah memberi komitmen yang sangat luar biasa.Pada awalnya ,saya menyangka saya tidak mampu untuk melaksanakan program ini kerana kebanyakan dari kami tidak mempunyai pengamalan.Namun, seperti kata pepatah "Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan". Saya amat terharu dengan komitmen yang antum berikan.Jasa kalian amat saya hargai. Tanpa anda semua, program ini mungkin tidak akan berjaya. Tahniah di ucap.

Ucapan terima kasih kepada UMMI kerana telah memberi peluang kepada kami untuk melibatkan diri dengan program sebegini.Seperti yang UMMI selalu katakan UMMI ingin melatih anak2 UMMI supaya menjadi seorang bakal ayah dan ibu yang baik untuk membina sebuah keluarga bahagia.Kebanyakan dari kami yang tidak pernah memegang pisau untuk melapah dan memotong daging tapi melalui program ini kami mendapat pengamalan yang sangat berharga untuk kami gunakan apabila kami terjun dalam kehidupan bermasyarakat nanti.

Setelah 3 hari bekerja keras, akhirnya program sambutan hari raya Aidil Adha menemui titik noktah dan menggulung tirai. Walaupun ajk - ajk semua penat, tapi mereka semua gembira dan berpuas hati dengan kejayaan program. Semuanya memberi respon positif. Alhamdullillah.

Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Abang Azhan Hamdan, Ustaz Syamil, Abang Rusydi, Ustaz Anas, Ustaz Mahmood dan juga semua yang turut serta dalam memeriahkan rumah terbuka kami. Kepada Ibu bapa Irfan Rani ahlan kami ucapkan. Kepada semua yang menderma sedikit sebanyak dalam menjayakan program ini, saya ingin merakamkan syukran jazillan kepada antum semua.

On behalf of medicmesir tanta, i'd like to extend our sincere appreciation to Dr Khaled Mustapha and family for your attendance at eiduladha celebration. The time you dedicated to this event reinforces our united commitment to education.We look forward to have you in the future and wish you all the best

Dari Meja Pengarah
Ahmad Munzir Pahimi

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.