Saturday, December 4, 2010


"Sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat"


Pada tanggal 3Disember2010,sebuah perkongsian telah disampaikan oleh Dr.Rusydi bertempat di Academic Centre 2,Imarah Medic Mesir. The "Insight" merupakan tema pada setiap perbincangan yang telah disampaikan.

Berdasarkan hadis di atas, hal ini jelas menunjukkan bahawa setiap muslim mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan agama Allah. Oleh sebab itulah program The Insight ini merupakan salah satu medan perkongsian lintasan-lintasan idea,buah fikiran dan pendapat dalam menyampaikan agama islam.

Program The Insight pada kali ini adalah berdasarkan 3 kisah yang terdapat dalam Al-Quran iaitu kisah berkaitan dengan serangga,burung dan manusia. Fokus utama pada perbincangan itu adalah Al-Ijabah yang bermaksud Optimis & positif dalam setiap perkara. Hal ini dapat dilihat melalui kisah semut dan burung hud-hud semasa pemerintahan Nabi Sulaiman A.S.

Kisah ini mempunyai mesej yang tersendiri untuk menunjukkan nilai positif yang timbul pada semut dan burung hud-hud tersebut. Oleh itu, kita sebagai ciptaan Allah yang teragung seharusnya memupuk nilai-nilai positif ini di dalam diri kita serta mengamalkannya di dalam kehidupaan seharian.

Ciri-ciri seorang pemimpin juga diselitkan melalui kisah ini. Seorang pemimpin yang disegani seharusnya memiliki nilai-nilai positif seperti tegas,adil serta dapat menjadi pendengar yang baik.

Harapan Dr.Rusydi sebagai penceramah pada malam itu ialah, beliau berharap dapat menceritakan semua kisah yang terdapat di dalam Al-Quran. Hal ini kerana, 3/4 daripada Al-Quran adalah terdiri daripada kisah-kisah dan cerita. Beliau berharap dengan penceritaan tentang kisah-kisah Al-Quran, para pelajar dapat memahami al-Quran dengan sebaiknya; Insyaallah.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.