Saturday, December 11, 2010

HIJRAH: CHANGE FOR THE BETTER
BY: DR.RUSYDI DAN USTAZ AHMAD SYAMIL

9 Disember 2010: Forum Maal Hijrah telah berlangsung dengan jayanya. Koliberasi Ustaz Ahmad Syamil dan Dr. Rusydi telah memberi impak yang mendalam kepada para pelajar dalam memahami erti sebenar hijrah. Sebelum bermulanya forum, Ahmad Samhan Awang, pengerusi MMTanta telah melancarkan Tabung Untukmu Palestin demi membantu rakyat Palestin.

Forum bermula dengan sedikit kupasan daripada ahli panel pertama, Dr.Rusydi tentang sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. Semangat dan sikap tidak putus asa baginda dalam mempertahankan dan mengembangkan agama Islam dapat dijadikan iktibar buat para pelajar dalam menghadapi kehidupan sebagai pelajar perubatan muslim. "Apa erti hijrah?" Hijrah pada hari ini bukan lagi seperti hijrah terdahulu tetapi hijrah yang masih ada hanyalah hijrah JIHAD dan NIAT.

Selepas itu, forum diteruskan dengan penerangan Ustaz Syamil tentang "erti sebenar ukhwah". Ukhwah secara ringkasnye bermaksud hati-hati dan roh diikat dengan ikatan akidah. Malah ukhwah juga adalah skop kepada iman. Seperti yang kita lihat sekarang masyarakat Islam sedunia tidak bersatu. Mengapa? Kerana identiti Islam itu sendiri telah lari dari landasan yang sepatutnya. Maka, Hijrah adalah jalan terbaik untuk memulihkan kembali ukhwah muslim dengan menerapkan kembali fahaman Islam sebenar dalam kehidupan seharian kita.

Panel pertama sempat menyelitkan sejarah peperangan Harran dimana dua tentera Islam yang sebelum ini berselisih pendapat dapat bersatu untuk menentang tentera salib disebabkan oleh hati mereka yang bersatu kerana Allah.

Kesimpulannya, kita sebagai pelajar dan juga pemuda Islam perlu bersedia untuk mengubah diri menjadi muslim sejati. JOM kita bersama-sama berhijrah diri menjadi insan berguna demi mempertahankan Islam.

Newsdesk
MMTanta

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.