Alhamdulillah,pada 30 Disember 2010 telah berlangsungnya Program The Insights siri ke 2 yang disampaikan oleh Dr.Rusydi. Program dimulakan pada pukul 8 malam dan bertempat di Academic Centre 2,Imarah Medic Mesir. Pada kali ini, Dr,Rusydi menyampaikan topik yang bertajuk 'Keimanan'.
Pada permulaan program,Dr.Rusydi mengajak semua hadirin bersama-sama berimaginasi dalam mencari serta mengejar ketenangan dan kebahagiaan atau dalam erti kata lain erti kehidupan. Sesungguhnya kehidupan adalah satu perjalanan yang amat singkat. Jalan yang lurus;jalan kebenaran.
Kehidupan terbahagi kepada 5 fasa iaitu alam roh,alam,alam rahim,alam dunia(hayat),alam kubur dan alam akhirat yang kekal selamanya. Lima fasa ditakdirkan untuk kita lalui dan bagi orang yang beriman, akan percaya bahawa sebenarnya roh sentiasa hidup melalui setiap fasa kehidupan ini.Berbanggalah dengan roh anda yang beriman, bukan kerana jasad yang cantik rupawan dengan perhiasan dipamerkan di tubuh badan atau harta kekayaan disorokkan.
Sepatutnya, dengan akal yang bijak kita boleh berfikir jauh ke hadapan. Menyedari bahawa alam ini bila-bila masa sahaja akan musnah umpama tempat persinggahan dan setelah itu akan kembali berjalan ke destinasi seterusnya.
Seharusnya dengan bertambah usia maka bertambahlah imannya, berubah sedikit perangainya kepada kebaikan, mulia akhlaknya, lembut hatinya, terkawal emosinya dan tenang jiwanya. Bukan sebaliknya, biarlah tubuh badan saja yang uzur tetapi iman tetap segar, masih nampak yang hak dan yang batil, tidak nyanyuk dan lupa mana yang Allah reda dan mana yang dimurkai-Nya.
Program kali ini sesungguhnya telah menyentuh kalbu setiap hadirin. Diharap semua hadirin dapat mengambil manfaat serta memenuhi diari-diari kehidupan dengan amalan yang soleh agar diberi ganjaran Syurga di akhirat kelak.Insyaallah.
Saturday, January 1, 2011
Related Posts
Time To Change!~
23 Disember 2010- Sebuah program "Time-To-Change" telah diadakan di Academic Centre 2,Imarah Medic M...Read more
Penjelasan 'Academic Center' MMTanta
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi. Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakat...Read more
Do your very BEST 2nd Year!!
Assalamualaikum wbth!Ummi doakan agar semua 2nd year yg akan berhadapan dengan 1st written paper, An...Read more
UMNO Selangor Sumbang Saguhati Kepada 1,000 Pelajar Selangor Di Mesir
SHAH ALAM, 7 Mac (Bernama) -- Umno Selangor dengan kerjasama Yayasan Kelana Ehsan akan memberika...Read more
9,000 boleh sambung pengajian
KUALA LUMPUR 4 Mac – Kira-kira 9,000 pelajar Malaysia yang dibawa pulang ekoran krisis politik d...Read more
Urusan Penghantaran Semula Pelajar Tajaan (Biasiswa Dan Pinjaman) JPA Ke Mesir
sumber laman web JPAPelajar-Pelajar Tajaan JPA Yang Telah Atau Belum Membuat Tempahan Tiket Pene...Read more
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.