Saturday, January 15, 2011

Alhamdulillah.. Pada 14 Januari 2010, The Insights siri ke 3 diteruskan dengan topik yang berjudul 'Hari Terindah'. Majlis ilmu ini disampaikan oleh Dr. Rusydi, bermula pada pukul 8 malam bertempat di AC 2 imarah MM.

Dr. Rusydi memulakan ceramah dengan mengajak para hadirin bersama-sama beristighfar ke hadrat ilahi. Sesungguhnya kita sebagai hambaNya perlu sentiasa memohon keampunan ke atas segala dosa yang dilakukan sama ada yang sengaja mahupun tidak disengajakan. The Insights yang diberi tajuk 'Hari Terindah' dimulakan dengan kisah Nabi Musa dan kaumnya. Dari kisah pendek ini, kita dapat lihat bertapa Allah mengasihi hambaNya dan Maha menerima taubatnya. Setiap keaiban manusia Allah lindungi, namun apa yang dapat dilihat sekarang, manusia itu sendiri yang mendedahkan aibnya terutama pemuda pemudi Islam.

Kemudian, Dr. Rusydi membuatkan hati para hadirin tersentuh dengan sifat Allah yang sentiasa terbuka menerima taubat hambaNya. Jika kita bandingkan dengan sifat manusia, susah untuk seseorang individu itu untuk menerima dan memaafkan orang lain apabila disakiti. Namun tidak bagi Allah. Walau sebesar mana dosa seorang hamba itu, dan walau selama mana hambaNya lupa pada Nya, bila disaat hambaNya kembali dan bertaubat, Dia pasti menerimanya.

Dr. Rusydi menyingkap sebuah hadis Rasullullah,

"Sesungguhnya, Allah lebih risau terhadap kamu
berbanding ibu yang risau terhadap anaknya."


Dr. Rusydi mengajak para hadirin mengikhlaskan hati untuk meninggalkan segala maksiat dan dosa serta bertaubat pada Allah. Kegembiraan Allah tidak dapat dibandingkan dengan manusia apabila hambaNya bertaubat. Sesungguhnya Allah amat menginginkan hambaNya kembali pada Nya. Lebih baiklah kita sendiri yang pergi kepada Allah sebelum Allah menarik kita dengan cara yang menyulitkan. Tiga syarat bertaubat,

  1. Kita menyesal terhadap dosa yang ita lakukan
  2. Kita berhenti melakukan dosa tersebut
  3. Kita meletakkan azam baru untuk berubah
Sesungguhnya Hari Terindah itu adalah hari apabila kita meninggalkan maksiat, kembali bertaubat kepada Allah dan apabila Allah menerima taubat kita. SUBHANALLAH..


3 comments:

  1. Sungguh syahdu.Moga-moga anak-anak di Mesir tersentuh hati seperti saya.

    ReplyDelete
  2. congrats ..Shukran Dr Rusydi....semoga akan lahir lebih ramai Dr Rusydi dikalangan MMTanta pada masa hadapan...a real role model...InshaAllah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.