Sunday, January 23, 2011


23 Januari 2011: Semalam telah berlaku kejadian samun di awal tariq shuber berhampiran kedai qhuftah. 2 pelajar lelaki telah keluar untuk membeli qhuftah kira-kira pada pukul 1230am. Di dalam perjalanan, 2 orang arab telah mendekati mereka. Salah seorang dari mereka telah memegang kepala salah seorang dari pelajar tersebut lalu mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya.

Orang arab tersebut telah mengugut pelajar tersebut untuk memberi wang dan telefon bimbit .Namun pelajar tersebut enggan untuk menunaikan permintaan orang arab tersebut dan cuba untuk melepaskan diri.Semasa cuba melepaskan diri, 2 jari pelajar tersebut telah terluka kerana terkena pisau .Pelajar tersebut melarikan diri dan pergi ke umah pelajar senior untuk meminta bantuan.Apabila pelajar senior pergi ke tempat kejadian, orang arab tadi telah tiada.Pelajar tersebut telah mendapat rawatan akibat luka tersebut.

Laporan polis juga telah dibuat supaya kejadian ngeri ini tidak berulang pada pelajar lain. Diharap pelajar-pelajar malaysia di mesir berhati-hati dan segera mendapatkan bantuan jika ada perkara yang mencurigakan.

NewsDesk
MMTanta

7 comments:

  1. As Salam. Kenapa tidak lapor pada polis. tk.

    ReplyDelete
  2. berhati2!! semoga ALLAH melindungi kita semua

    ReplyDelete
  3. Allahu akhbar!! sungguh Allah itu maha pelindung,,

    ReplyDelete
  4. http://www.youtube.com/watch?v=dtMMvn3bS4U

    ReplyDelete
  5. sentiasa pergi ke sesuatu tempat dalam kumpulan
    insyaAllah selamat

    ReplyDelete
  6. hmm...guys pun kena hati-hati skrg nih..
    (muhasabah diri)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.