Tuesday, February 22, 2011

15 februari 2011.Kuala Lumpur:Tahap kemahiran lebih 3000 doktor pelatih, terutamanya lulusan universiti luar negara yang mengikuti latihan 'housemanship' di hospital kerajaan dipersoalkan apabila ada antara mereka tidak cekap melakukan prosedur asas pemeriksaaan kesihatan.

Ini termasuk mengambil dan memeriksa tekanan darah , pemeriksaan denyut jantung serta nadi pesakit dan melakukan diagnosa penyakit yang sepatutnya dikuasi doktor pelatih sebelum menamatkan pengajian.

Difahamkan, kebanyakkan doktor pelatih bermasalah itu adalah lulusan universiti luar negara ,terutamanya Russia yang diiktiraf kerajaan menerusi Agensi Kelayakkan Malaysia (MQA) serta Majlis Perubatan Malaysia(MMC).

Sehingga Disember lalu, jumlah doktor pelatih yang mengikuti latihan pegawai perubatan siswazah di sebanyak 41 hospital kerajaan seramai 3252 orang , iaitu peningkatan 2 kali ganda berbanding 1290 pada 2007.





0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.