Saturday, February 26, 2011

Assalamulaikum wbt,
Alhamdulillah, tarikh GREENLIGHT telah diketahui umum. Ini memudahkan perancangan kembali ke Mesir dibuat.

Dibawah adalah makluman penting untuk pelajar MedicMesir (khasnya)

1. Sila pastikan anda semua mengambil langkah yang sepatutnya untuk mendaftar dengan kerajaan negeri masing-masing. Sebaiknya, pergi sendiri ke pejabat berkenaan dan jangan mendaftar mengunakan telefon sahaja. Ikuti semua langkah yang diarahkan (demi tiket PERCUMA). INI AMAT PENTING BAGI MEREKA YANG SERIUS MENDAPATKAN TIKET PERCUMA

2. MedicMesir telah mendapat makluman sahih bahawa kerajaan negeri akan menghantar pelajar-pelajar pulang keMesir mengunakan penerbangan charter MAS dan Air Asia yang telah diuruskan oleh pihak kerajaan. TerimaKasih kerajaan Malaysia keatas keperihatinan terhadap pelajar-pelajar Mesir. InshaAllah, makluman yang sama akan dimaklum dalam sedikit masa lagi. Penerbangan adalah mengikut universiti / negeri dan prioriti akan diberikan kepada mereka yang akan berhadapan dengan peperiksaan. Oleh itu, MedicMesir menasihatkan agar anda tidak perlu terburu-buru membeli tiket secara persendirian.

3. Andaikata, disaat akhir, anda masih gagal mendapatkan tiket melalui kerajaan negeri, dan menunjukkan bukti sudah mendaftar, namun masih gagal. InshaAllah, MedicMesir akan berusaha memasukkan nama-nama anda di dalam penerbangan charter yang disediakan.

4. MedicMesir akan mengeluarkan borang khas untuk tujuan ini sebaik sahaja semua negeri telah mengeluarkan senarai nama-nama yang diluluskan kerajaan negeri.

Harap makluman dan usaha ini membantu demi kebajikan anak2 Medicmesir. Segala pertanyaan sila berhubung terus ke email ummi.medicmesir@gmail.com

Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah swt. Ameen Ya Rab!

Salam,
UmmiMM

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.