Thursday, February 24, 2011


PUTRAJAYA 24 Feb. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menanggung tiket penerbangan kembali ke Mesir untuk 700 penuntut tajaannya yang pulang ke Malaysia menerusi Ops Piramid ketika berlaku pergolakan politik di negara itu, baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Mara mempunyai 1,500 penuntut tajaannya di Mesir dan daripada jumlah itu hanya 700 yang pulang ke Malaysia, manakala selebihnya tidak pulang kerana berada di tempat lain termasuk bercuti.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama 101 ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan dan pengurus kewangan syarikat milik agensi di bawah kementerian itu di sini hari ini, beliau berkata pengurusan Mara juga diminta memastikan keselamatan penuntut berkenaan sebelum mereka pulang ke Mesir. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.