Wednesday, February 23, 2011


Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Dekan Tanta University, Prof Dr Mohsen, baru menghubungi UmmiMM dan dimaklumkan makluman terkini mengenai kedudukan peperiksaan dan kuliah untuk pelajar di Tanta University.

PERTAMA: Peperiksaan pertengahan tahun ditunda dan akan dilaksanakan sebelum Peperiksaan Akhir Tahun (dijangka bulan June 2011).

KEDUA: Pelajar perlu bersedia untuk TIADA cuti musim panas.

KETIGA: Kuliah akan bermula pada 15hb Mac 2011.

Maaf, ini adalah setakat hari ini, setelah perbincangan pihak tertinggi Malaysia dan Mesir. UmmiMM juga mohon maaf kerana terpaksa memaklumkan makluman ini mendahului pihak kerajaan kerana terlampau banyak panggilan telefon mengenai perkara yang sama untuk dijawab, terutamanya dari ibubapa.

Harap maklum.

Salam sayang,
ummiMM

2 comments:

  1. Thanks ummi for ur efforts yang x henti utk anak2 MM hehe

    ReplyDelete
  2. Syukran awi ummi .Semoga Allah membalas segal penat lelah ummi.
    Thanx izz for da post

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.