Thursday, March 10, 2011





















10 Mac 2010:MMTanta telah mengadakan Program "Ehna Buhibbukum" bersama anak-anak yatim asrama bakti yang terletak di Machang,Kelantan.Asrama Bakti dihuni oleh seramai 27 orang anak yatim dan diuruskan oleh Ust Otheman dan isteri. Asrama ini merupakan rumah anak yatim yang paling dhaif di Kelantan dan hanya mendapat peruntukan RM2300 sebulan dari JAIK(Jabatan Agama Ialam Kelantan).Ust Otheman dan isteri bekerja disini hampir 11 tahun secara sukarela tanpa menerima apa-apa elaun bulanan.
Kami telah tiba di rumah anak yatim kira-kira pada pukul 11 pagi dan membawa sedikit bekalan seperti beras,bihun,gula dan sebagainya.Kami telah di sambut dengan gembira oleh Puan Hasnah(isteri Ust Otheman) atau lebih selesa di panggil Ummi di kalangan anak yatim.Kami memperkenalkan diri dan menjelaskan tujuan kami datang ke rumah anak yatim.Ummi sangat mengalu-alukan kedatangan kami.
Tepat pukul 11.30 pagi ,para sukarelawan lelaki telah memulakan aktiviti pertama iaitu gotong-royong membersihkan kawasan rumah anak yatim manakala sukarelawan perempuan membantu ummi untuk memasak makanan tengahari.Anak yatim yang baru pulang dari sekolah turut membantu kami dalam membersihkan asrama mereka.Aktiviti kedua adalah mengecat 'banner' bersama anak yatim.
Selepas selesai mengecat 'banner',kami menghidangkan makanan tengahari kepada anak-anak yatim.Mereka kelihatan gembira dengan kunjungan kami.Kami makan bersama-sama anak yatim dan sambil makan kami saling berkenalan antara satu sama lain.Kami juga berkongsi cerita dan mereka tidak segan silu untuk menceritakan kisah hidup mereka.Kami solat zuhur berjemaah dan selepas itu,kata-kata motivasi yang disampaikan oleh saudara Hazwan untuk adik-adik supaya lebih bersemangat untuk belajar dan nasihat supaya menjadi insan yang berguna pada masyarakat kelak.
Sedikit cenderamata diberikan kepada anak-anak yatim oleh saudara Samhan selaku pengarah program dan sumbangan disampaikan oleh saudari Rushaida selaku penolong pengarah program.Alhamdulillah , kami bersyukur kepada Allah kerana telah membuka hati para penderma dan berterimakasih kepada semua penderma yang dermawan yang telah memberi sumbangan yang hampir mencecah RM1000.Aktiviti terakhir kami adalah sesi fotografi bersama anak yatim untuk dijadikan sebagai kenangan.
Sebelum pulang,Ummi menjemput kami ke rumahnya untuk minum petang.Sambil minum,kami mendengar nasihat dari ummi supaya belajar bersungguh-sungguh dan perlu banyak bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan ayah .Ummi juga mengalu-alukan kami supaya datang lagi ke rumah anak yatim dan kami saling bermaafan antara satu sama lain sebelum bertolak pulang.
Kami mengucapkan jutaan terimakasih kepada Puan Siti Haniza(Ummi Medicmesir) kerana telah memberi sokongan dan semangat kepada kami dalam merealisasikan program ini.Terimakasih juga kepada semua warga Asrama Bakti yang telah memberi kerjasama kepada kami.

Sebarang sumbangan sangat-sangat dialukan dan boleh disalurkan ke:
CIMB:3045-0100-1021-5

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Pejabat:099752963
Asrama:099753525
Ust Otheman:0179993492

4 comments:

  1. TAHNIAH semua....terharunya :-) Semoga Allah swt membalas kebaikan kita sebagai amalan org2 yg soleh :-) Ameen

    ReplyDelete
  2. Syukran ummi:-)
    Thanx a lot for ur full support.

    ReplyDelete
  3. Salam, xtvt yg harus dipuji dan diperluaskan. Tahniah kepada anak-anak MM. Harap ibu/bapa anak-anak MM boleh sertai program ini di masa hadapan......

    ReplyDelete
  4. rugi la ambo x gi..sori abe mad..haha.~

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.