Tuesday, March 8, 2011

Salam.
Semoga sahabat dan sahabiah dalam lindungan Allah s.wt.Dalam kita bergembira dan meluangkan masa di samping keluarga tersayang , ada insan yang bukan senasib dengan kita yang dahagakan kasih sayang ibubapa. Mereka tidak pernah pinta dilahirkan tanpa ibu dan ayah.Mereka membesar dan berkongsi hidup bersama rakan-rakan yang senasib dengan mereka.Mereka tiada tempat mengadu masalah,berkongsi cerita dan bergembira seperti kanak-kanak lain.Namun, mereka tabah dan ini yang menjadi kekuatan bagi mereka untuk meneruskan hidup seharian.
Sempena masa cuti yang diberikan ini, MMTanta mengajak para sukarelawan khasnya kepada pelajar2 mesir dapat manabur bakti dan melibatkan diri dalam menjayakan Program "Ehna Bihibbukum" yang akan diadakan di Rumah Anak Yatim Machang pada 10 Mac 2010(khamis).
Objektif program ini adalah untuk melatih pelajar-pelajar menyelami nasib anak yatim, mananam sifat bersyukur dan melatih diri untuk belajar menyumbang dan berbakti pada masyarakat.

Sebarang pertanyaan atau ingin memberi sumbangan boleh hubungi :
Ahmad Samhan Awang 0136332775

3 comments:

  1. abg mat.. kalu x j0in p0grem tp nk bg sumbangn kewangn b0leh x, n mcm mane??
    (ad org tny)hehe..

    ReplyDelete
  2. barakallahu fikum

    'sesungguhnya aku dan yg membela anak yatim ibarat 'hatain' di syurga' - hadith

    p/s: 'hatain' jarak antara 2 jari masa buat sign 'peace'...nk kata dekatnya org yg membela anak yatim dgn Rasulullah saw di syurga nnti...insyaAllah...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.