Friday, March 4, 2011

Senarai Terkini > klik disini

Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut:

1. Tarikh penerbangan akan bermula pada 10 Mac 2011 jam 12.30 pagi.

2. Sila pastikan tiada masalah passport dan visa masing-masing. (Bagi pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6, visa boleh diperolehi semasa ketibaan di mesir. Manakala pelajar Tahun 1 mesti menyelesaikan urusan tersebut sebelum berangkat.) Sekiranya ada saudara/saudari perlu memaklumkan pada MARA dan menyelesaikannya dengan kadar segera.

3. Sila semak Nama, No K/P, Universiti, Tahun Pengajian dan No Passport masing-masing dan maklumkan pada MARA jika terdapat kesilapan.

4. Sila maklumkan juga sekiranya saudara/saudari telah mempunyai tiket penerbangan sendiri / tiket yayasan negeri dengan kadar segera supaya pihak MARA dapat menggantikan dengan pelajar lain.

5. Sila semak dari semasa ke semasa senarai nama tersebut.

6. Sebarang pertukaran tidak dibenarkan.

7. Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan perlu berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu berlepas.

Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian Hotline MARA yang beroperasi setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Talian Hotline : 03-26936666 / 03-26946622 / 03-26943366

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.