Wednesday, April 6, 2011


5 April 2011:Seramai 20 orang pelajar tahun 1 yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah tepat pada pukul 630pm.Rombongan ini turut diiringi oleh Ummi MM dan juga ibubapa salah seorang pelajar tahun 1.
Beberapa wakil pelajar MMTanta telah datang untuk menyambut rombangan pelajar baru dengan hati gembira.Dari raut wajah ,kami dapat merasai semangat yang berkobar-kobar jelas terpancar dari wajah adik-adik dan kami doakan supaya semangat itu tidak akan luntur sehingga tercapai cita-cita yang ingin digapai.
Kami difaham para pelajar akan memulakan kuliah pada minggu depan dan dimasukkan ke dalam kelas khas berbeza dengan pelajar-pelajar tahun 1 yang lain.Adik-adik akan ditempatkan di 4 buah rumah(2 rumah lelaki dan 2 rumah perempaun) dan akan ditemani oleh naqib dan naqibah dalam proses menyesuaikan diri di bumi anbia ini.
Tepat pada pukul 9pm,kami bertolak ke Tanta dan tiba di bumi Syeikh Badawi pada pukul 11pm.Di dalam bas,pengerusi MMTanta,Ahmad Samhan Awang telah memberi sedikit penjelasan mengenai bumi barakah ini dan juga menyuntik semangat adik2 untuk betulkan niat dan jelaskan matlamat yang ingin dicapai selama berada 6tahun di bumi ini.Beliau juga berpesan,di bumi ini bukan sahaja dapat belajar ilmu perubatan malah adik2 berpeluang untuk mendapatkan tarbiyah yang terbaik untuk menjadi seorang doktor muslim yang akan membawa risalah -risalah agama ke seluruh dunia.
Kami,MMTanta mengucapkan SELAMAT DATANG kepada adik2 baru dan kami mendoakan kejayaan antum semua.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.