Thursday, May 26, 2011


Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang lepas, InshaAllah, tahun ini juga MedicMesir berhajat untuk memberi MAKANAN SEMPENA IMTIHAN (Makan Tengahari dan Malam) untuk semua pelajar MedicMesir disemua muhafazah (Alexandria, Tanta, AlAzhar, Ainsham, Mansoura, Zagazig). Untuk urusan ini peruntukan sebanyak 300,000LE telah diluluskan. Sumbangan makan ini dijangka bermula minggu kedua June 2011. Sumbangan TERHAD kepada mereka yang mendaftar sahaja. Terbuka untuk TAHUN 1-3 !

Sumbangan ini adalah dengan harapan semua pelajar MedicMesir dapat menumpukan perhatian terhadap musim imtihan, disamping mempastikan makanan yang bekhasiat dan bersih dibekalkan. Doa agar usaha ini mampu meningkatkan prestasi kecermelangan akademik anak-anak MedicMesir. InshaAllah!

Untuk urusan ini, setiap wakil pemimpin disemua muhafazah harus membincangkan dalam pemilihan pembekal dan modus operandi pembekalan. Cadangan agar, di lantik 2 pembekal agar dapat pilihan variasi menu yang lebih baik. Sila discuss di FB group masing-masing dan email cadangan sebelum 30hb June 2011.

Semoga usaha mendatangkan kebaikan untuk semua anak-anak MM.

Shukran dan Salam Sayang,
UmmiMM

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.