Wednesday, June 15, 2011


Assalamualaikum wbth!

Ummi doakan agar semua 2nd year yg akan berhadapan dengan 1st written paper, Anat, pada pagi ini agar diberi kemudahan dan ketenangan untuk menjawab!

Ummi doakan juga agar natijah imtihan tahun ni akan lebih baik dari tahun hadapan.

Pesan Ummi....Niatkan ikhlas kerana Allah swt! InshaAllah Allah akan sentiasa bersama kita....


إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ

Tatkala Rasulullah berkata kpd Sahabatnya , Abu Bakar. Janganlah kamu bersedih kerana Allah bersama kita, lalu Allah swt memberikan ketenangan kpdnya.


Allah swt juga hampir dengan kita dan mendengar rintihan hambanya serta gembira dengan hamba yg kembali kepadaNYA dalam apa jua keadaan.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ


Dan apabila hamba-hambaku bertanya tentang aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat . Aku MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKU. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahku) dan hendaklah mereka beriman kepada KU agar mereka selalu berada dalam kebenaran


Semoga dipermudahkan! MUMTAZ untuk UMMAH !
Do your VERY BEST! and ALLAH swt will do the REST!

Salam

Inni Uhibbukum Fillah
UmmiMM

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.