Monday, August 29, 2011

Salam all………

Ramadhan kini sudah tiba ke penghujungnya. Semoga kita semua berada dalam limpah kurniaan Rahmat dan kasih sayangNya. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada yang sebelumnya dan semoga kita semua istiqamah dalam setiap amal yang kita lakukan.

Alhamdulillah,Medic Mesir Tanta telah mengadakan sebuah program amal sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Seperti yang semua sedia maklum, program Kasih E’shrin 2011 merupakan salah satu program sampingan dalam JOM! Kasih Ramadhan 2.0. Pepatah arab ada menyebut tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada mereka yang sama-sama menyumbang untuk program ini, baik dari segi duit mahupun tenaga. Semoga segala usaha kita yang tidak seberapa ini mendapat redhaNYA. insyaAllah..

Berikut merupakan tentatif bagi program Kasih E’shrin 2011 yang bakal berlangsung pada 29 Ogos 2011 ini:

9.30 a.m : Ikwah dan akhawat berkumpul di AC


10.00 a.m : beli daging (ikhwah)


10.30 a.m : packing daging ke dalam plastik

1.30 pm : agihan daging kpd fakir2 miskin

3.30p.m : sumbangan wang kepada 100 org pelajar Al Azhar pelbagai negara dimasjid salam.

5.30 p.m : penutup, bersurai…


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.