Thursday, September 1, 2011






Salam Syawal buat semua =)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, kini syawal yang di nanti telah tiba. Semoga madrasah ramadhan yang lalu memberi seribu pengertian yang amat bermakna buat diri kita masing-masing, insyaAllah.

Seperti yang kita semua tahu, pada 29 Ramadhan (bersamaan 29 0gos) yang lalu, MMTanta telah melaksanakan program Kasih E'shrin 2011 dengan jayanya. Program Kasih E'shrin ini merupakan salah sebuah sub-program JOM! Kasih Ramadhan 2.0 yang berlangsung sejak dari 23 Ogos yang lalu.

Seawal jam 10pagi lagi, pihak ikhwah telah keluar untuk membeli daging yang akan disumbangkan kepada fakir miskin sempena aidilfitri. Sebanyak 100kg daging telah dibeli untuk diagihkan kepada 100 buah keluarga.

Kemudian kami mula bergerak ke Kafr Himar selepas zohor bagi proses pengagihan. Perjalanan dari Ma'arad ke Kafr Himar mengambil masa lebih kurang 45minit dan kami tiba ke perkampungan tersebut pada jam 2 petang.

Sebaik sahaja tiba, kami telah dibawa berjalan untuk melihat suasana perkampungan itu. Kami sungguh bernasib baik kerana telah dipelawa oleh salah sebuah keluarga yang tinggal di kampung itu untuk merasai suasana rumah mereka. Kelihatan hanya sebuah tikar getah yang telah usang yang diletakkan di ruang tamu,ketiadaan perabot membuatkan rumah tersebut nampak kosong.Kemudian kami diajak untuk naik ke tingakt 2, rumah jirannya. Keadaan tangga yang agak dhaif membuatkan kami teragak-agak untuk memijaknya, bimbang jika tersilap langkah, mungkin boleh jatuh kami dibuatnya.

Hasil perbualan kami dengan tuan rumah, kami mendapati seramai 3buah keluarga yang menetap di imarah mereka dan purata bilangan ahli bagi setiap keluarga adalah seramai 6orang dengan pendapatan harian yang minima. Mereka terpaksa membahagikannya untuk pembelian makanan, pembayaran sewa rumah, bil air, bil elektrik dan keperluan-keperluan lain.

Kemudian, kami menuju ke balai raya kampung untuk proses pengagihan daging kepada mereka. Memandangkan kami kesuntukan masa, pr0ses pengagihan daging yang selebihnya telah diserahkan kepada ketua kampung.

Selain itu, kami turut menyampaikan sumbangan kepada 100 orang pelajar-pelajar al-Azhar dari negara lain seperti Ghana,Nigeria dan Indonesia. Setiap orang pelajar telah menerima LE100 dan sumbangan telah disampaikan di Masjid Salam.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian di dalam program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, terutamanya kepada UMMI atas bimbingan dan tunjuk ajar serta sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kami sepanjang program berlangsung. Tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan buat AJK dan para pelajar lain yang telah sama-sama berusaha sehabis baik untuk memastikan program ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. dan buat mereka yang memberikan sumbangan, semoga amalan baik ini mendapat redhaNYA.

"perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan ALLAH seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. ALLAH melipatgandakan bagi sesiapa yang DIA kehendaki, dan ALLAH Maha Luas, Maha Mengetahui"
(surah al-Baqarah 2:261)

Moga dengan sumbangan yang telah diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung mereka. dan semoga Syawal kali ini memberi kenangan yang manis buat mereka sekeluarga.



AZIZUL HAKIM BIN MAHDI
Pengarah Program Kasih E'shrin 2011.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.