Tuesday, October 4, 2011





2 Oktober: Alhamdullilah para pelajar kekal bersemangat untuk mengikuti hari kedua Program Ahlan Misr ’11. Pada pukul 7 pagi, mereka memulakan pengembaraan mereka sebagai mahasiswa-mahasiswi Tanta dengan bersarapan pagi di Academic Centre.Tambahan pula program ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan pelajar-pelajar baru dari Medic Mesir Alexandria semalam.

Tepat jam 8 pagi,setelah menyanyikan lagu tema program Ahlan Misr, tanpa membuang masa mereka terus pergi ke Universiti Tanta mengikut kumpulan yang telah dibahagikan oleh setiap AJK untuk melakukan ativiti “Gamaah Tour”.Sepanjang aktiviti ini berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan lokasi serta selok-belok di Universiti Tanta yang agak mencabar dan menarik.Pelajar juga diberitahu tempat-tempat yang penting untuk memudahkan urusan mereka kelak.

Pada jam 10 pagi, mereka terus ke Conference Hall untuk menghadiri satu taklimat sedikit sebanyak tentang akedemik dan pengurusan masa.Selain itu mereka juga diberi pendedahan tentang sistem kupon makanan yang terdapat di university dan pendedahan tentang jadual kuliah yang telah disediakan oleh pihak pentadbiran university.

Setelah diberi satu jam untuk pengurusan diri, para pelajar bekumpul kembali di Acedemic Centre untuk menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh unit makanan.Tepat pada pukul 2.30 petang, taklimat akedemik telah diberi oleh saudara Izzuddin Azaharuddin.Akitiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pengenalan awal kepada para pelajar tentang subjek-subjek yang akan mula mereka pelajari pada Ahad ini. Mereka juga telah diberi beberapa tips serta teknik-teknik yang efektif dalam usaha untuk “menggengam Mumtaz”.

Setelah mengakhiri taklimat akedemik, para pelajar diberi sedikit pendedahan tentang borang-borang penting dan cara-cara untuk mengisi oleh unit pendaftaran dan publisiti Erwan Jonoh yang sentiasa memikirkan tentang pendaftaran serta maklumat-maklumat penting untuk kegunaan sepanjang program ini berlangsung.

Setelah diberi masa untuk pengurusan diri,pada pukul 7 malam para pelajar dihidangi dengan makanan istimewa yang disediakan oleh unit makan. Akitiviti forum bermula tepat pada pukul 8 malam. Forum ini dihadiri oleh 3 orang panel,saudara Abdul Rahman(Pelajar tahun 6 Uni Cairo),saudara Esham(Pelajar tahun 2,Alexandria) dan saudar Mutadhar(Pelajar tahun2 ,Alexandria).Forum ini bertajuk “Mengapa Medic?” membincangkan sebuah topik yang menarik bagi pelajar-pelajar terutamanya pelajar perubatan. Tambahan pula,aktiviti ini sedikit sebanyak telah meningkatkan semangat mereka dalam meneruskan pengajian yang mereka ceburi. Pada jam 10 malam, para pelajar masih kekal bersemangat namun mereka perlu merehatkan minda dalam mengikuti aktiviti esok yang lebih mencabar lagi.

Justeru, hari kedua program Ahlan Misr ’11 telah menemui penghujungnya. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada AJK Ahlan Misr yang tidak jemu membantu dalam menjayakan program ini dengan sempurna.Alhamdulillah.

Unit Publisiti: Erwan Jonoh

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.