Friday, November 25, 2011

salam all..

"sudah terhantuk, baru tergadah", sebuah peribahasa yang dapat kita muhasabahkan untuk kali ini. acapkali pelajar tidak mahu menggunakan jejantas apabila ingin melintas jalan untuk ke universiti. kebanyakkan pelajar lebih gemar melintas jalan tanpa menggunakan jejantas. hal ini lebih memudahkan bagi mereka. namun begitu, pada minggu ini beberapa kes kemalangan kecil telah berlaku. semoga semua pelajar dapat mengambil iktibar dan mengambil langkah berjaga-jaga.
berikut merupakan butiran megenai kemalangan-kemalan

gan yang berlaku:

Kes 1:

21 November 2011: Sekitar jam 1.00 tengahari telah berlaku satu kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar Tahun 1 Fakulti Perubatan, Mari

tul Qibtiyah Binti Safee. Semasa mangsa dan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah, mangsa telah dilanggar sebuah kereta sewaktu melintas jalan, dan telah tercampak dalam jarak lingkungan tiga meter.

Mangsa yang masih dalam keadaan sedar telah di bawa oleh pemandu kereta berkenaan ke klinik berdekatan dan kemudiannya mangsa dipindahkan ke Hospital Tibah. Setelah pemeriksaan dan ujian X-Ray dijalankan, doktor mengesahkan tulang pinggul kanan mangsa mengalami sedikit keretakan. Tiada kecederaan serius lain yang d

ilaporkan. Mangsa dinasihatkan untuk berehat dan tidak melakukan banyak pergerakan sementara menunggu kecederaan tersebut pulih. Keadaan mangsa disahkan stabil dan dibenarkan pulang sekitar jam 4 petang bersama wakil MedicMesir yang telah menguruskan hal mangsa sepanjang berada di hospital.

Pemeriksaan lanjut telah dijadualkan pada hari isnin minggu hadapan, 28 November 2011 di hospital yang sama. Sementara itu, MedicMesir telah menyediakan kemudahan kerusi roda untuk membantu pergerakan mangsa.



Kes 2

23 November 2011: Pelajar Tahun 1 Fakulti Perubatan bernama Wan Nur Shazana Athira Binti Wan Iskandar Azam telah mengalami kemalangan. Mangsa yang berjalan berseorangan ke universiti telah dilanggar 'tut-tut' (sejenis kenderaan bermotor yang beroda tiga). Kemalangan berlaku di jalan raya besar, dimana pelajar hanya menoleh di sebelah kirinya gagal menyedari kehadiran kenderaan yang menyusur melawan arus jalan raya. Mangsa rebah ke tanah apabila kenderaan tersebut menggilis kaki kanan mangsa.

Kemalangan tersebut merupakan kes langgar lari dan mangsa seterusnya dibantu oleh orang awam. Panggilan telefon telah dibuat kepada rakan mangsa yang tiba tidak berapa lama kemudian bersama wakil MedicMesir. Mangsa terus dibawa ke Hospital Tibah dan menjalani pemeriksaan X-Ray di sana.

Keputusan X-ray mengesahkan tiada keretakan atau kecederaan serius pada kaki mangsa. Doktor menasihatkan mangsa berehat di rumah dan mangsa dibenarkan pulang sekitar jam 12 tengahari. Mangsa yang masih mangalami lenguh-lenguh badan telah dibekalkan dengan sepasang tongkat untuk membantu pergerakannya.

****

dalam minggu yang sama, dua orang pelajar akhwat tahun 1 disahkan menghidap 'chicken pox' (demam campak). mereka telah dibawa ke hospital Tibah untuk mendapatkan rawatan. doktor menyarankan mereka untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan disarankan untuk tidak ke kelas bagi mengelakkan jangkitan pada rakan-rakan yang lain

kami, warga MedicMesir Tanta mendoakan semoga pelajar-pelajar yang terbabit agar cepat sembuh dan dapat ke kuliah seperti biasa. dan kami juga menyeru kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri masing-masing

Sebarang masalah kesihatan atau kecederaan yang dialami pelajar, sila berhubung dengan Exco Kebajikan MedicMesir Tanta di talian berikut:

Ahmad Syakeer (01124914868)

Noor Ameera binti Rahmat (01119508354)



Sekian.

Dilaporkan oleh,

Noor Ameera binti Rahmat

Unit Kebajikan

MMtanta


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.