Tuesday, December 6, 2011

Salam sahabat-sahabat yang dikasihi semua,

Alhamdulillah kita telah diberi nikmat kesihatan yang sempurna lagi pada hari ini oleh Allah s.w.t. dan diberi peluang untuk terus bekerja keras beribadah kepadaNya.

Merujuk kepada tajuk di atas, unit perumahan dengan berbesar hati ingin mendengar aduan-aduan dari pelajar-pelajar Medicmesir Tanta berkenaan dengan rumah kediaman anda masing-masing. Jika terdapat masalah-masalah rumah seperti tombol pintu rosak, paip air tercabut dan sebagainya bolehlah mengisi borang di sini.

Untuk makluman anda,borang ini perlu diisi oleh ketua rumah sahaja supaya pertindihan maklumat tidak berlaku dan borang akan ditutup pada hari selasa, 13 Disember 2011. Jika terdapat apa-apa kemusykilan boleh hubungi wakil unit perumahan :

Nurul Diyana Bt Juhari – 01141449318

Yusri Amri Bin Yus Arhanum - 011-3099224

Jika terdapat masalah berkaitan dengan perabot rumah yang masih tidak lengkap, borang susulan akan diletakkan pada waktu yang ditetapkan, insyAllah.

InsyAllah dengan usaha kami yang sedikit ini dapat membantu anda untuk lebih selesa di rumah dan dapat meneruskan kehidupan di mesir dengan lebih baik. Jazakumullahu khairan kathira!

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.