Assalamualaikum semua! Apa khabar iman anda hari ini?
Alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt. Tahu tak hari isnin
ini hari apa? Jeng! Jeng! Jeng! Hari isnin ini merupakan Hari Asyura! Eh? Hari
Asyura tu apa ya? Mari kita kaji serba sedikit tentang Hari Asyura ini. Jom!
Sejarah Asyura
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan
biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka
adalah Yom Kippur yang juga pada
hari kesepuluh).
Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia
menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat
dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam
pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan
kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat
Islam melakukan puasa pada 10 Muharram
sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Nak tahu tak, kebiasaannya amalan sunat pada hari Asyura ini ialah puasa
sunat. Ini berdasarkan beberapa hadith Rasulullah s.a.w:
ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi Muhammad saw
datang ke Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu
Baginda bertanya: “Apakah ini?”Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik
di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada
musuh mereka, maka Musa pun berpuasa.”Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak
dengan Musa daripada kamu.” Maka, Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai
supaya berpuasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah telah mengarahkan supaya berpuasa
pada hari Asyura dan apabila telah difardukan puasa Ramadan, maka sesiapa yang
hendak berpuasa (hari Asyura), maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak
berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa).” (Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Daripada Ibn Abbas berkata bermaksud: “Ketika Rasulullah berpuasa pada
hari Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya berpuasa. Lalu mereka
berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan
oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah bersabda lagi: “Sekiranya pada
tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9.” Ibn
Abbas berkata: “Tidak sempat munculnya tahun depan, Rasulullah wafat terlebih
dulu." (Hadis riwayat Muslim).
“......dan puasa hari ‘Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan
dosa setahun sebelumnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Maka, ambillah kesempatan ini untuk tambahkan ilmu serta
amalan kita untuk bekalan di sana nanti dengan menyertai program Hari Asyura
yang dianjurkan.
Tarikh : 5
Disember 2011/10 Muharram 1433H
Masa : 5.00 pm –
9.00 pm
Tempat : Academic
Centre 2
Masa
|
Aktiviti
|
Catatan
|
4.00 PM
|
Hantar Potluck di AC2
|
Setiap rumah
dikehendaki membawa makanan berat
(Cth: Nasi dan Lauk)
|
4.45 PM
|
Iftar Kecil
|
Dijamu kurma dan air manis
|
5.00 PM
|
Solat Maghrib
Berjema’ah
Iftar Jami’e
|
Ikhwah di AC1 dan akhawat di AC2
Dijamu potluck
|
6.30 PM
|
Solat Isyak Berjema’ah
|
Ikhwah di AC1 dan akhawat di AC2
|
6.45 PM
|
Pengisian Hari Asyura
|
Oleh : Wasim Akram Bin Muhd Nazeli, Syariah
Tahun 3,
Universiti Azhar.
|
8.15 PM
|
Pengenalan EXCO
|
Pengenalan Ahli Majlis Tertinggi MedicMesir
|
8.45 PM
|
Persembahan Nasyid
|
Kumpulan Nasyid Tanta
|
9.00 PM
|
Makan Bubur &
Bersurai
|
Dijamu Bubur Lambuk Asyura
|
Jumpa anda di sana nanti ya! Selamat beramal!
Credits to Shahira Amerudin for poster=)
ReplyDelete