Monday, January 2, 2012

Assalamualaikum semua,

Takziah diucapkan kepada saudari Hazwani Madhiah, pelajar Tahun 3 Kuliah Perubatan Tanta yang baru sahaja kehilangan ibunda tersayang lewat petang tadi waktu Mesir. Menurut beliau, arwah ibunya; Puan Rohani binti Mad Lana mula jatuh sakit sejak Februari 2011 dan arwah disahkan menghidap cancer. Saudari Hazwani yang mendapat perkhabaran itu petang tadi kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Beliau dijangkakan berlepas ke Malaysia pada jam 10.30malam ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau sekeluarga. Di sini, saya ingin mengajak semua sahabat untuk sama-sama menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. Ameen.

Dan Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata Innalillahi wa inna ilaihi raji’un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)
(al-Baqarah 2:155-156)




Sekian
Ahmad Syakeer
Exco Kebajikan
MMtanta

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.