Saturday, February 18, 2012

18 Februari 2012 - Saudara Mohd Erham bin Jonoh, seorang pelajar Perubatan Tahun 2, Tanta University, telah mengalami kecederaan teruk ketika sedang bermain futsal di Istad (stadium) yang bertempat di Awwal Istad. Kejadian tersebut berlaku pada 16 Februari yang lalu, pada jam 4petang. Mangsa telah terlanggar sebuah tembok kecil di hadapannya ketika sedang mengejar bola. Mangsa tidak menyedari kewujudan tembok itu kerana ketika itu mangsa sedang menoleh ke arah rakannya yang sedang berada di belakangnya. Oleh yag demikian, mangsa telah tersungkur ke hadapan dan menggunakan tangan kirinya untuk menahan. Hentakan yang kuat itu telah menyebabkan tangan kiri mangsa patah.

Mangsa yang masih dalam keadaan sedar terpaksa menahan kesakitan dan telah dibawa ke hospital Delta International oleh rakannya; Mohd Adnin bin Rashid. Pemeriksaan X-Ray yang dilakukan ke atas mangsa mengesahkan bahawa mangsa mengalami 'compund fracture of Ulnar and Radius' di tangan kirinya. Pembedahan 'reduction and plate fixation' telah dijalankan ke atas mangsa pada jam 11malam pada hari yang sama.

Pembedahan yang mengambil masa selama 3 jam itu berjalan lancar dan mangsa disahkan berada dalam keadaan stabil. Doktor mengarahkan mangsa untuk berehat di hospital sementara pemeriksaan (post surgical check up) akan dilakukan dari semasa ke semasa. Tangan mangsa dijangka pulih dalam masa 2 bulan.

Petang semalam, beberapa orang wakil dari Unit Kebajikan MedicMesir Tanta serta saudara pengerusi; Ahmad Samhan bin Awang telah menziarahi mangsa. Beliau kelihatan sedikit lemah dan pucat, namun masih mampu mengukirkan senyuman untuk menyambut kedatangan kami. Semoga saudara Mohd Erham diberi kekuatan dan kecekalan teguh menghadapi ujian yang sedang diharunginya.

Kos pembedahan saudara Mohd Erham bin Jonoh adalah sebanyak 5000LE, tidak termasuk kos sampingan yang lain seperti kos pemeriksaan dan ubat-ubatan. Bantuan serta sumbangan ikhlas dari seluruh warga pelajar Tanta University khususnya amatlah dialu-alukan dan didahuli dengan ucapan jutaan terima kasih dalam membantu meringankan beban yang menimpa saudara kita.


"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan ALLAH seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. ALLAH melipatgandakan bagi siapa yang DIA kehendaki, dan ALLAH Mahaluas, Maha Mengetahui"

(surah al-Baqarah 2:261)


Sebarang hal berkaitan sumbangan diminta untuk menghubungi individu berikut secara langsung:-

(Ikhwah) MOHD ERWAN BIN JONOH : 01124078508

(Akhwat) NOOR AMEERA BINTI RAHMAT : 0119508354



Sekian.

Unit Kebajikan MMtanta.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.