Saturday, February 4, 2012



1. Pada 29 Januari yang lalu, Unit Dakwah dan Tarbiah Medic Mesir Tanta dengan kerjasama Aqsa Syarif telah mengadakan sebuah program perkongsian bertajuk Freedom for Palestine – Perjuangan Merentasi Sempadan. Program ini berjalan selama dua jam bermula dari jam 1.30 petang dan diadakan di AC2 Imarah Medic Mesir Tanta.

2. Program ini disampaikan oleh saudara Abdul Azim bin Ismail, aktivis Misi Kasih Palestin merangkap Timbalan Presiden IKRAM UKE.

3. program dimulakan dengan bacaan ummul furqan al-Fatihah dan doa pembuka majlis. Selepas itu, saudara Azim memulakan perkongsian beliau sepanjang 4 hari 3 malam di bumi Gaza, Palestin. Beliau menunjukkan kepada kami gambar-gambar sepanjang perjalanan beliau di bumi al-Aqsa itu sambil bercerita tentang setiap kejadian yang berlaku.

4. Untuk pengetahuan semua, hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin melalui Aqsa Syarif telah digunakan untuk projek dua hala antara Malaysia dan Palestin. Antara projek-projek tersebut adalah projek kilang roti, ladang lembu dan kolam ikan air masin. Hasil keuntungan daripada projek-projek ini kemudiannya diagih-agihkan kepada fakir miskin di Gaza.

5. Banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari program ini. Antaranya, pentingnya tarbiah tentang kematian dalam diri kita dan sentiasa perbetulkan niat kita dalam apa jua pekerjaan juga pastikan kita memelihara niat kita semata-mata hanya kerana Allah.

6. kita haruslah sentiasa beserdehana dalam kehidupan kita walaupun kita adalah pemimpin kepada sesebuah organisasi. Contoh terbaik ialah Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Walaupun beliau merupakan ketua kepada rakyat Palestin, tetapi beliau hidup dengan sangat sederhana.

7. Program diakhiri dengan sedikit perkongsian daripada pengerusi Unit Dakwah dan Tarbiah, Saudara Azizul Hakim Mahdi dan penyampaian cenderahati buat saudara Abdul Azim.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama berusaha membebaskan bumi Palestin dari kekejaman rejim zionis Israel laknatullah walau dengan apa cara sekalipun, walaupun dengan sekecil-kecil usaha, contohnya boikot barangan yang menyumbang kepada Israel laknatullah dan sebagainya.

Laporan disediakan oleh

Amirah Farhana binti Roslan

Wakil Unit Dakwah dan Tarbiyah

Medic Mesir Tanta

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.