Tuesday, September 25, 2012

          Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua adik-adik baru. Semoga kita semua dalam jagaan Allah dan dibawah payungan rahmat-Nya. Tahniah kerana memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan di bumi anbia' Mesir.

InsyaAllah kami di Tanta akan menyambut adik-adik semua dengan satu acara tahunan yang dipanggil "Ahlan Misr". Program ini dibawah anjuran muhafazah masing-masing. Kami di Tanta tidak melepaskan peluang ini untuk menyambut semangat juang tinggi adik-adik dari Malaysia.

Program ini akan berlangsung dari 4/07/2012 sehingga 6/07/2012. Semoga adik-adik dapat mendapat input yang berguna dari program Ahlan Misr ini. Kami semua menanti-nanti kedatangan adik-adik semua. Sekian terima kasih

-Pengarah Ahlan Misr Tanta 2012-




Video Promo "Ahlan Misr" sesi 2012







0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.