Saturday, March 29, 2014


             Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izinNya Program STAT & NOW 3.0’ 2014 telah selamat dijalankan dengan jayanya. Program diadakan pada hari jumaat bersamaan 14 Mac 2014 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Jutaan tahniah diucapkan kepada Pengarah Program, Muhammad Azri bin Azman dan  Timbalan Pengarah, Fazlin Ameelia binti Muzafar pelajar Tahun 2 Perubatan serta seluruh jawatankuasa pelaksana Program STAT & NOW 3.0’yang bertungkus lumus menjayakan program yang julung kali diadakan oleh Medic Mesir Tanta.

             Terima kasih diucapkan kepada CEO Medic Mesir , Puan Siti Haniza atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Ummi’ dengan murah hatinya telah menaja sepenuhnya program ini bagi mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik menghadapi kecemasan dan kemahiran klinikal.

             Objektif program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan langkah-langkah menghadapi kecemasan dan kemahiran klinikal kepada golongan pelajar dan membuka mata para peserta tentang cara menangani kecemasan dan tindakan yang perlu diambil ketika berlakunya kejadian yang tidak diingini.Berikut merupakan sedikit perkongsian perjalanan Program STAT & NOW 3.0’ 2014.

           Program STAT & NOW 3.0’ 2014 disertai oleh 63 orang akhawat dan 38 orang ikhwah dari muhafazah Tanta sendiri dan dari muhafazah luar seperti Kaherah,Al-Azhar dan Iskandariah. Para peserta telah berkumpul di Academic Centre(AC) pada jam 8.30 pagi untuk diberikan taklimat tentang keselamatan dan kecemasan oleh saudara Ahmad Samhan bin Awang dari Tanta dan saudari Musyirah Hanan binti Zulkarnain dari Al-Azhar. Ceramah yang disampaikan diselang-seli dengan video agar peserta lebih memahami langkah-langkah dan dalam masa yang sama menarik minat peserta.


             
Slot pertama yang berlangsung selama 3 jam lebih berakhir sebelum solat jumaat dan para peserta dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan iaitu nasi lemak ayam. Sejurus selepas selesai solat jumaat, para peserta diminta untuk berkumpul semula bagi menyambung slot kedua iaitu sesi taklimat bagi menjalankan latihan klinikal oleh senior Tanta sendiri iaitu Abang Hadi Othman.


                Setelah selesai taklimat,para peserta dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan bagi menjalankan sesi latihan praktikal.Academic centre 1 (AC1) telah diperuntukkan untuk peserta lelaki manakala peserta perempuan menggunakan Academic centre 2 (AC2). Setiap satu kumpulan mempunyai 7 atau 8 orang peserta dan dikendalikan oleh seorang fasilitator yang sudah terlatih. Dalam sesi ini peserta berpeluang untuk mempelajari bukan sahaja cannula dan iv injection, malah teknik suture







                Sesi praktikal berlangsung selama 2 jam dan disambung kembali selama 1 jam setelah peserta selesai solat asar.Tepat jam pukul 5.30 para peserta diminta untuk bersiap-siap untuk pulang kerana majlis telah sampai ke penghujungnya. Sebelum pulang, para peserta bergambar beramai-ramai bersama fasilitator masing-masing sebagai tanda kenangan.



  Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah diberi kesempatan untuk mengadakan program STAT & NOW 3.0’. Semoga program STAT & NOW 3.0’ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang dibina antara para peserta dari setiap muhafazah dan sedikit sebanyak dapat mempersiapkan diri kita dalam menjadi Muslim Doktor yang mempunyai pelbagai kebolehan dan bertaqwa kepada Allah. Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada Ummi Medic Mesir, seluruh jawatankuasa pelaksana program, para peserta dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program ini. Semoga Allah memberkati program ini dan program ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.



Unit Kebajikan & Perumahan
MedicMesir Tanta 13/14


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.