Thursday, March 12, 2015




Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izinNya FIST 3.0 telah selamat dijalankan dengan jayanya. Jaulah dijalankan selama  2 hari bermula 5 Mac 2015 hingga 6 March 2015 .Jutaan tahniah diucapkan kepada Pengarah Program, Mohamad Syafiq bin Isa dan  Timbalan Pengarah, Humaira Samsudin pelajar Tahun 2 Perubatan serta seluruh jawatankuasa pelaksana FIST 3.0 yang bertungkus lumus menjayakan program yang julung kali diadakan oleh Medic Mesir Tanta.
Terima kasih diucapkan kepada CEO Medic Mesir , Puan Siti Haniza atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Ummi’ dengan murah hatinya telah menaja sepenuhnya jaulah ini bagi pelajar yang telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Objektif FIST 3.0 ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah antara senior dan junior, membina tubuh badan yang sesuai dengan gelaran pelajar perubatan dan memupuk semangat Qawiyyul Jismi seperti mana yang ternyata dalam Muwasafat Tarbiah. Berikut merupakan sedikit perkongsian perjalanan FIST 3.O


1 FEBRUARI 2015

                Program FIST 3.0 disertai oleh 200 orang keseluruhan.  Para peserta telah berkumpul di Academic Centre(AC) pada jam 4.00 petang untuk diberikan taklimat tentang penerangan tentatif dan permainan yang akan dijalankan sewaktu program dijalankan. Kempen yang dijalankan adalah idea dari saudara Hamzah Mat Noji dan saudari Hasyimah Kadir pelajar Tahun 1 Perubatan sebagai Unit Protokol & Pengisian fist 3.0.

                Tema FIST 3.0 pada tahun ini adalah ‘ANIME’. Terdapat pelbagai nilai yang terselit disebalik cerita anime iaitu persahabatan. Ahli- ahli jawatankuasa FIST 3.0 telah becadang untuk membahagikan kumpulan anime kepada rumah sukan iaitu ONE PIECE untuk rumah merah, NARUTO untu rumah kuning, BLEACH untuk rumah biru dan LAW OF EUKI untuk rumah hijau. Setiap rumah sukan mempunyai nilai atau moral tersendiri iaitu:-

·         One Piece : Leadership
·         Naruto : Determination
·         Bleach : Responsibility
·         Law of Euki : Justice

Moto yang dipilih oleh ahli jawatankuasa Fist 3.0 adalah ‘FIGHT FOR FRIENDS, STRIKE TO STAND’. Jadi lagu tema yang menjadi pilihan terbaik adalah ‘SAHABAT’ oleh Padi.

2 FEBRUARI 2015- 4 FEBRUARI 2015

        Setiap ahli rumah diberi masa untuk menyiapkan segala prop untuk dipersembahkan pada FIST 3.0. Dari sini, kita dapat lihat ukhwah yang terjalin antara senior dan junior. Kesemua ahli rumah sukan bertungkus lumus dan saling membantu dalam menyiapkan prop masing-masing. Alhamdulillah hampir kesemua ahli rumah sama-sama turun ke Acedemic Center (AC) untuk menyiapkan segala props 

5 FEBRUARI 2015
        Bermulanya indoor games pukul 4.00 petang di Academic Center (AC). Ikhwah menggunakan AC1 manakal akhawat menggunakan AC2. Permainan bermula dengan bacaan doa.
Indoor games bagi ikhwah ialah pingpong dan ceper. Permainan berjalan serentak untuk menjimatkan masa. Berakhirnya indoor games untuk ikhwah pada pukul 6.00 petang.




Bagi akhawat, indoor games ialah ‘musical chair’ dan teng-teng. Bemula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 5.45 petang. Khulasah permainan untuk indoor games telah dilakukan pada hari tersebut. Bagi ikhwah disampaikan oleh Yusri Amri, tahun 4 perubatan, manakala akhawat oleh Amira Syazalina, tahun 3 perubatan.   


6 FEBRUARI 2015
               
FIST 3.0 bermula pada pukul 7.30 pagi. Program ini bemula dengan majlis pembukaan yang telah  dikendalikan  oleh Muhamad Syahmi bin Abdul Rahman, tahun 3 perubatan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhammad Fitri bin Ahmad Fizal, tahun 2 perubatan. Seterusnya diteruskan dengan ucapan pengarah Fist 3.0, nyanyian lagu tema. Untuk mengelakkan daripada kecederaan, Yusri Amri telah mengetuai pemanasan badan. Sebelum berakhirnya majlis pembukaan, sorakan setiap ahli rumah sukan dan bergambar dengan ahli rumah sukan di sekitar Istad.  





                Seusai majlis pembukaan, program diteruskan dengan permainan yang pertama bagu ikhwah ialah bola jaring manakala akhawat ialah rounders. Ikhwah dan akhawat diasingkan padang untuk mengelakkan daripada ikhtilat. Peserta bermain dengan bersungguh-sungguh. Mahu pun ahli rumah sukan juga tidak putus memberi sorakan dan semangat kepada pemain.

Seterusnya, permainan diteruskan dengan rounders untuk ikhwah. Peserta Rounders bermain dengan penuh semangat.  Semangat yang berkobar-kobar untuk menang ini haruslah dipupuk dengan cara seperti ini. Dengan ini, ia boleh diaplikasikan dalam pembelajaran terutamanya pelajar perubatan iaitu semangat memperolehi kejayaan dengan cemerlang.

Manakala pada waktu yang sama, akhawat diteruskan dengan permainan ‘Protect The King’. Permainan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama ahli kumpulan untuk mempertahankan raja masing-masing. Dan juga dapat merapatkan hubungan sesama ahli rumah.

 Setelah selesai permainan ‘Rounders’ dan ‘Protect the King’, permainan seterunya adalah ‘Brain Freeze. Permainan ini mungkin dapat merehatkan dan melega tekak yang kering. Peserta untuk permainan ini terbuka untuk 6 orang wakil bagi setiap ahli rumah sukan. Mereka dibenarkan untuk makan ais krim sebatang seorang manakala setelah selesai keseluruhan ahli, mereka dihidangkan pula dengan aiskrim semangkuk besar. Kemenangan direkod melalui masa bagi peserta untuk menghabiskan kesemua aiskrim tersebut.

Walaupun peserta sudah kepenatan, tetapi permainan tetap diteruskan juga dengan ‘Runners’ oleh ikhwah dan akhawat.kerana kesuntukan masa, ikhwah tidak sempat untuk bermain permain ‘Chicken fox’. Permainan ‘Chicken Fox’ hanya dimainkan oleh akhawat.


Akhir sekali untuk permainan pada kali ini ialah ‘Protect the King’ oleh ikhwah, manakala futsal oleh akhawat. Futsal adalah permainan utama akhawat. Tentatif ini telah disusun oleh protokol untuk pastikan peserta dapat menyertai program sehingga tamat program. Idea ini telah membuatkan hampir kesemua peserta FIST 3.0 memberi kerjasama dan tindak balas yang baik. Tahniah kepada peserta-peserta FIST 3.0.


Pada pukul 12.00 petang, maka tamatlah permainan untuk FIST 3.0 dengan bertemakan ‘FIGHT FOR FRIENDS, STRIKE TO STAND’. Peserta dibenarkan untuk rehat dan Solat Jumaat. 













Majlis penutup FIST 3.0 dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian nyanyian Asmaul Husna dan lagu tema FIST 3.0. Seterusnya, ucapan penasihat FIST 3.0, Ahmad Syafiq bin Nordin. Di dalam ucapan penasihat menyatakan objektif sebenar tema ‘ANIME’ dipilih. Mungkin Nampak kebudakan pada awalnya tetapi ia juga diselitkan dengan bebrapa nilai dan moral. Majlis juga diteruskan dengan khulasah yang disampaikan oleh Hadi Othman. Kemuncak bagi program ini yang dinantikan oleh para peserta fist ialah majlis penyampaian hadiah. Keputusan keseluruhan permainan adalah:-

ROUNDERS
IKHWAH
1.       ONE PIECE
2.       NARUTO
3.       BLEACH
4.       LAW OF EUKI
AKHAWAT
1.       LAW OF EUKI
2.       ONE PIECE
3.       NARUTO
4.       BLEACH
NETBALL
1.       ONE PIECE
2.       NARUTO
3.       BLEACH
4.       LAW OF UEKI
FUTSAL
1.       BLEACH
2.       NARUTO
3.       LAW OF EUKI
4.       ONE PIECE
PROTECT THE KING
IKHWAH
1.       NARUTO
2.       ONE PIECE
3.       BLEACH
4.       LAW OF EUKI



AKHAWAT
1.       ONE PIECE
2.       NARUTO
3.       BLEACH
4.       LAW OF EUKI

BRAIN FREEZE
IKHWAH
1.       NARUTO
2.       ONE PICE
3.       BLEACH
4.       LAW OF EUKI
AKHAWAT
1.       LAW OF EUKI
2.       BLEACH
3.       NARUTO
4.       ONE PIECE

CHICKEN FOX
1.       ONE PIECE
2.       BLEACH
3.       LAW OF EUKI
4.       NARUTO

RUNNERS
IKHWAH
1.       ONE PIECE
2.       BLEACH
3.       NARUTO
4.       LAW OF EUKI
AKHAWAT
1.       ONE PICE
2.       NARUTO
3.       LAW OF EUKI
4.       BLEACH


MARKAH PENGADIL

ONE PIECE
NARUTO
BLEACH
LAW OF EUKI
PERMAINAN
87
73
61
51
DISIPLIN
27
22
24
25
TEAMWORK
31
27
23
20
CHEERS
28
28
27
25
PROVOKASI
-22
-13
-27
-25
KEBERSIHAN
25
23
25
25
PING PONG
3
4
17
0
CEPER
5
3
7
10
TENG TENG
3
5
7
10
MUSICAL CHAIR
7
3
10
5
MARKAH KESELURUHAN
194
175
174
149











                Tahniah diucapakan kepada ONE PIECE. Tidak kurang hebatnya ahli rumah sukan yang lain. Tahniah kepada para peserta FIST 3.0. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah diberi kesempatan untuk melakukan FIST 3.0. Semoga FIST 3.0  ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang dibina antara para peserta dan sedikit sebanyak dapat mempersiapkan diri kita dalam menjadi Muslim Doktor yang mempunyai pelbagai kebolehan dan bertaqwa kepada Allah. Sekali lagi lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada Ummi Medic Mesir, seuruh jawatankuasa pelaksana program, para peserta dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan FIST 3.0 ini. Semoga Allah memberkati FIST 3.0 dan dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. Gambar-gambar jaulah boleh dilihat di Page Facebook Media MedicMesir Tanta.


VIDEO RASMI FIST 3.0



0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.