Tuesday, April 13, 2010

Salam anak2 ummi yang dikasihi!,
Semoga sentiasa berada didalam pemeliharaan serta rahmat allah swt! Didoakan juga agar Allah swt sentiasa memberi 'semangat serta kekuatan' setinggi-tingginya bagi menyediakan diri kita untuk imtihan yang bakal menjelma! Ameen Ya Raab!

Hari ini ummi dihujani dgn YM ...YM demi YM!!!...(YM pun hujan gak rupanya!!)
Semuanya mengadu didatangi oleh orang tertentu yang memburukan / memfitnah usaha murni Biro Ekonomi MM ini :-( dan lantas mengalihkan pembelian tiket kepada 'yang diuruskan' oleh mereka.

Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku, budaya menakut-nakutkan dan memburukkan patut kita jauhi kerana ini bukan amalan yang diajar oleh Islam!.

Seperti yang semua maklum, usaha ini disokong dan diselaras oleh MedicMesir. Infact, tempat dimana tiket dibeli diputus oleh ummi dengan beberapa ahli MM sendiri. Hanya dengan ehsan Biro Ekonomi, terutamanya Izzudin, Hazwan dan Ain sebagai coordinator booking serta pembayaran terus kepada airline!

Sudah tentu, sebabkan 'volume yang besar' kita mendapat sedikit diskaun dari airline. Dan, 100% diskaun yang diperolehi akan masuk kembali kedalam Tabung Biro Ekonomi untuk tujuan program yang akan datang.

Oleh itu saranan ummi :
1. Jauhkan kita dari peribadi menfitnah serta budaya memburuk-burukkan, sesungguhnya ianya amat keji terutamanya jika kita berkepentingan. Bila hati kita kotor, Ilmu susah nak masuk!
2. Sokongan anda kepada Tabung Ekonomi anda sendiri amat diperlukan!

Akhir Kalam, semoga allah swt sentiasa membantu kita menimba pengalaman kehidupan ~ The University of Life, dalam batas-batas syariat yang digariskan oleh Allah swt. Sesuatu perkara baik dan ikhlas, akan sentiasa diuji. Allah swt menguji sesuai dengan kemampuan kita. Hanya dengan ujian kita akan menjadi kuat. Alhamdulillah!

Ya Allah, permudahkanlah urusan anak-anak ini! Permudahkan kejayaan imtihan mereka kesemuanya!...Ameen Ya Rab!

Salam sayang,
ummi :-)

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.