Thursday, July 15, 2010

Assalamualaikum wbt.


Sementara menanti debaran keluaran result yang tak berapa lama saja lagi, mari kita study sedikit tentang tajaan dan tajaan dan tajaan. Apa lagi yang penting untuk student First Year selain dari fikir tentang tajaan?

Antara 3 tajaan yang paling terkenal dan harus dipohon adalah seperti berikut:


1. JPA

Seperti semua sedia maklum, tajaan JPA sudah pun dibuka sejak 1 Julai lalu, dan akan tutup pada 30 Julai 2010. Anda SEMUA diwajibkan untuk mengisi borang online ini di http://esilav2.jpa.gov.my/

Tapi, setakat ini, sementara masih belum keluar result lagi, anda boleh buat revision dan mengisi butir-butir yang diperlukan untuk mendapatkan tajaan ini kecuali setakat ni ruang untuk gred keputusan masih belum boleh diisi.

Bagi mereka yang terpaksa dur thani or reseat, jangan cepat putus harapan. Ada di kalangan senior yang ada pengalaman tentang dur thani, tetapi still dapat tajaan JPA setelah lulus dalam dur thani, dan isi kolum GRED KEPUTUSAN itu dengan JAYYID JIDDAN atau JAYYID. (ini akan dimaklumkan kemudian setelah saya mendapat kepastian gred mana yang perlu diletakkan) no more worries. Rezeki itu milik Allah. Bukan milik manusia. Yakin!

Atau siapakah dia yang memberi kamu rezki jika Allah menahan rezki-Nya? Sebenarnya mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri? Surah Al-Mulk Ayat 21.

Jangan pernah mengalah, kerana anda tidak pernah tahu, apa yang akan terjadi esok jika anda berhenti hari ini. Tidak ada sebab mereka yang mendapat Mumtaz dan Jayyid Jiddan untuk tidak mendapatkan tajaan, malah mereka yang mendapat Jayyid juga mendapat tajaan ini. P/s disini mudah, rezeki itu Allah yang tentukan, hanya jangan pernah berputus asa untuk terus doa, doa dan doa. Setelah kita usaha, kita serahkan bulat-bulat untuk dikembalikan kepada Allah.

P/s tambahan untuk tajaan JPA ini, di ruangan untuk jumlah tajaan yang diperlukan, sila isi dengan nilai RM 204 000. Kenapa? Haruslah.

Pengiraannya seperti ini : (8,000USD X 3.6 + (RM 1,000 per bulan X 12 )) X 5 tahun = RM 204, 000

Akhir sekali untuk JPA ini, semua harus print out the form sebagai simpanan hard copy untuk diguna pakai pada waktu yang akan datang dan untuk simpanan pihak MM untuk sebarang kemungkinan. INI ADALAH WAJIB untuk punyai HARD COPY. Jangan ambil ringan tentang ini.



2 dokumen yag paling penting untuk disertakan adalah RESULT first year dan juga NOC. Tentang NOC sudah pernah dibincangkan di sini, http://tantamedicmesir.blogspot.com/2010/07/natijah-imtihan-tajaan.html

Sebarang kemusykilan mengenai permohonan pinjaman tajaan ini, sila hubungi pegawai berikut,



1.Puan Hawa Liyana bt. Hashim, Penolong Pengarah , Unit Latihan sebelum Perkhidmatan (Luar negara), Tel : 03-88853386, Fax : 03-88892170, Email : pinjaman.yuran@jpa.gov.my

2.Puan Che Som bt. Samad, Pembantu Tadbir, Unit Latihan sebelum Perkhidmatan (Luar negara), Tel : 03-88853406, Fax : 03-88892170, Email : chesom@jpa.gov.my/






2. MARA

Bagi pinjaman MARA ini, terhad untuk MUMTAZ DAN JAYYID JIDDAN SAHAJA. Ummi telah membawa borang MARA untuk dihantar secara group bagi memudahkan pemprosesan dan pihak MARA hanya boleh memberikan borang ini terhad kepada mereka yang MUMTAZ DAN JAYYID JIDDAN sahaja.

Kepada mereka yang sudah pulang bercuti, sila dapatkan Borang Tajaan MARA terus dari Kaunter Bahagian Penganjuran MARA, Tkt 3, Bangunan MARA, KL. Anda mungkin berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan Borang Tajaan MARA. Sila berhubung dengan Sdr Izzuddin (di talian 013 8804719) untuk sedikit tips!

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAJA

SKIM PEMBIAYAAN TERBUKA (SPT)

http://www.mara.gov.my/
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh la cuba-cuba hubungi En Ishak (pegawai MARA di Alexandria) : 011-6934991

P/s tambahan untuk MARA ini, anda yang mempunyai kriteria-kriteria yang membolehkan anda memohon tajaan MARA ini, haruslah dikehendaki membuat satu karangan English perihal diri anda sebanyak 300 patah perkataan. Haha. Karangan ini bolehlah disediakan secepat yang mungkin untuk dihantar sebelum Ummi pulang ke Malaysia bersama borang permohonan anda.






3. ZAKAT

WILAYAH PERSEKUTUAN

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Lot 132-138, Wisma Bitulmal, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
Syarat-syarat umum permohonan
• Beragama Islam
• Warganegara Malaysia
• Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari setahun
• Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
Kaedah permohonan
- Mengisi Borang Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP
• Sila isikan borang permohonan dengan JELAS dan LENGKAP.
• Permohonan yang tidak jelas dan lengkap dan mengandungi maklumat palsu
akan DITOLAK.
• Butir-butir permohonan hendaklah ditulis dengan menggunakan ball-pen.
• Pengesahan / Sokongan bagi permohonan hendaklah diperolehi daripada
Ketua Amil.
- Dokumen & Syarat Tambahan
• Satu salinan kad pengenalan ATAU sijil kelahiran pemohon / penjaga DAN
semua tanggungan.
• Satu keping gambar berukuran pasport.
• Satu salinan penyata gaji / pendapatan terakhir pemohon / penjaga.
• Satu salinan surat nikah / cerai / unit perunding & pembangunan keluarga.
• Satu salinan sijil akuan mati (jika berkaitan)
• Satu salinan pendaftaran memeluk Islam (jika muallaf)
• Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (jika berkaitan)
• Satu salinan Laporan Polis
• Satu salinan Akuan Sumpah
• Bil / resit / surat asal tunggakan hutang
• Surat pengesahan doktor
• Dokumen-dokumen lain yang dapat menyokong permohonan.
** RM 47 000 setahun
** Harus menjalani sesi temuduga





SELANGOR




LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
PERMOHONAN UNTUK BANTUAN PENDIDIKAN
Syarat-syarat umum kelayakan:
Terdapat beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum sesuatu permohonan itu
dipertimbangkan dan diterima oleh Lembaga Zakat Selangor antaranya :
• Islam
• Warganegara Malaysia
• Lahir dan menetap di NEGERI SELANGOR atau telah bermastautin atau
tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang dari 5 (LIMA) tahun
• Pendapatan kurang atau tidak sampai had mencukupi (had kifayah)
• Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima
bantuan tetapi masih tidak mencukupi
Prosedur mengisi borang permohonan:
1. Borang permohonan mestilah diisi dengan HURUF BESAR
2. Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pemohon (bagi yang berumur
18 tahun ke atas) ketua keluarga / waris pemohon bagi pemohon yang masih
berada dalam tanggungan (bawah umur 18 tahun)
3. Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama bagi
setiap permohonan iaitu :
• Salinan kad pengenalan pemohon
• Salinan Kad Pengenalan / Surat Lahir bagi semua tanggungan
• Salinan surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan)
• Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dsb
• Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan permohonan (senarai dokumen
mengikut jenis bantuan)
• Salinan kad memeluk Islam (bagi saudara baru)
4. Hanya borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh
pemohon serta mendapat sokongan daripada Ketua Kampung/Pengerusi
JKKK/Ketua Penduduk/ Nazir Masjid/ Pengerusi Surau sahaja yang akan
dipertimbangkan dan didaftarkan.
Borang Sokongan
Bantuan Umum Pelajaran
- Dokumen utama
- Salinan penyata gaji / pendapatan ibu bapa
- Salinan passport dan visa
- Salinan surat tawaran daripada IPTA / IPTS
- Surat pengesahan dari Pejabat Bendahari IPTA/IPTS yang
menyatakan pelajar tidak mendapat bantuan dari mana-mana
badan/agensi.
Permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan, hendaklah dihantar
kepada pegawai-pegawai zakat kami di kaunter yang berada di seluruh Negeri
Selangor untuk pertimbangan dan kelulusan. Sila rujuk kaunter berhampiran anda.
**Derma Siswa RM27 000 (tahun pertama), RM17 000 (tahun berikutnya)
**Bantuan Umum RM5 000
**Sebarang kemusykilan, sila hubungi En Mohd Daud Bin Jamil (pegawai Kewangan
Negeri Selangor) di rumah negeri Selangor [ 011-6035378 ]
** En Mohd Daud amat mengalu-alukan sesiapa sahaja anak negeri Selangor yang
memerlukan bantuan dan beliau lebih berminat untuk berjumpa ketika berurusan
berbanding melalui telefon sahaja.


MELAKA

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)
Aras 3, Blok B, Seri Negeri
75450 Ayer Keroh
Melaka
Tel: +606-2307229/38/39/73
Fax: +606-2331450
tapem@melaka.gov.my
Syarat umum kelayakan:
Pemohon adalah anak NEGERI MELAKA. Takrif "ANAK NEGERI MELAKA"
adalah seperti berikut:
a. Pemohon lahir di negeri Melaka; atau
b. Ibu dan/atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka; atau
c. Pemohon dan Ibu/bapa telah menetap di dalam negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun
-RM 20 000 setahun
-Segala urusan permohonan pinjaman perlu dilakukan di Malaysia
-Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Zawawi Mat Kahar (Pegawai
TAPEM Malaysia) : +6012-2290249
-Minta pertolongan YDP rumah negeri Melaka Ustaz Husni : 010-6198564
bagi memudahkan kerja


JOHOR

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ)
Majlis Agama Islam Negeri Johor
(Bahagian Agihan Zakat)
Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar, K/B. 725,
80990 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2282999 / 35 Fax : 07-2238752
E-mail : zakat@maij.gov.my

PERMOHONAN BANTUAN PELAJARAN INSTITUSI PENGAJIAN
TEMPATAN / LUAR NEGARA
Syarat-syarat Am Permohonan :
-Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga (3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor
-Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan / sumbangan / pinjaman daripada mana-mana pihak lain
-Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAINJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAINJ
-Pemohon adalah bertanggungjawab di hadapan Allah SWT atas sebarang pemalsuan maklumat dan dokumen yang diberikan
Makluman :
-Setelah mengisi borang permohonan, pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Peghulu, Ketua Kampung atau Amil(Imam) kawasan pemohon tinggal bermastautin
-Setiap borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Daerah di bawah kuasapentadbirannya
-Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sebagaimana berikut :
-Salinan kad pengenalan @ surat beranak pemohon
-Surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi pengajian
-Salinan sijil-sijil dan keputusan peperiksaan bagi setiap semester / penggal yang telah disahkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia bagi pelajar luar Negara
-Pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Imam bahawa pemohon amat memerlukan bantuan (jika ada)
**Maklumat lanjut atau pertanyaan sila hubungi :
YDP BKPJM : Ustaz Firdaus Bin Noh [ 010-6109675 ]
Ketua Hewi BKPJM : Ustazah Nor Amelia Binti Mustafah [ 019-3902994 ]


PAHANG

1.PINJAMAN
YAYASAN PAHANG
PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Syarat kelayakan memohon:
• Pemohon telah mendapat tawaran/tempat belajar di institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
• Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
• Pemohon dan keluarga telah bermastautin lebih daripada sepuluh tahun serta berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu/Pegawai Daerah/Wakil Rakyat atau Wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP.
Rujukan: http://www.yp.org.my/
** Segala urusan permohonan dibuat di Malaysia

2.ZAKAT
MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU
PAHANG(MUIP)

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 09 4221311 Fax : 09 4221885
e-mail: info@muip.gov.my
Syarat Kelayakan Memohon:
a) Pemohon hendaklah warganegara MALAYSIA dan beragama ISLAM.
b) Pemohon yang dilahirkan/bermastautin dalam negeri PAHANG DARUL MAKMUR,
c) Pemohon tidak mendapat tajaan dari mana-mana penaja/pinjaman.
d) Lulus peperiksaan tahun/semester pertama.
** Borang permohonan zakat boleh didapati dari pegawai Pahang di rumah negeri Pahang


TERENGGANU

PINJAMAN BOLEH UBAH
YAYASAN TERENGGANU
PINJAMAN PELAJARAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH

Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Sulaiman,
20200 Kuala Terengganu
Tel ; 09-6221733 Fax : 09-6232944
Syarat-syarat Permohonan:
i. Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman
berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri
Terengganu Darul Iman.
ii. Pemohon atau ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman tetapi
telah bermastautin selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan
menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.
** RM 600,000 untuk 6 tahun
** Segala permohonan lebih mudah jika diuruskan di Malaysia
** Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi En Ahmad Kamal (pegawai Terengganu)
di rumah negeri Terengganu : 017-7095969

ZAKAT
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU
(MAIDAM)

Tingkat Bawah, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu
BANTUAN DERMASISWA (MAIDAM) IPTA / IPTS DALAM DAN LUAR
NEGARA
Dokumen Sokongan :
Surat tawaran belajar
Sijil kelahiran
Sijil pemastautin
Sijil-sijil akademik
Kad pengenalan penohon
Surat penolakan dari YayasanTerengganu
Salinan slip gaji ibu bapa/ penjaga
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Syarat kelayakan permohonan adalah pemohon mesti anak negeri Terengganu
ataupun ibu bapa ada kaitan dengan negeri Terengganu.
**RM 3 200 setahun
**Segala permohonan lebih mudah jika diuruskan di Malaysia
**Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi En Ahmad Kamal(pegawai Terengganu) di
rumah negeri Terengganu [ 017-7095969 ]



KELANTAN

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam, Jalan Sultan Yahya Petra,
Lundang, 15200, Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7481512 Fax : 09-7481200
Dokumen Sokongan
• Salinan kad pengenalan ATAU surat beranak pemohon, penjaga dan
tanggungan
• Salinan penyata gaji / pendapatan terakhir / penyata pencen (sekiranya ada)
pemohon, ibu bapa, pengaja
• Salinan surat pengesahan pengajian
• Salinan passport pemohon
** Borang boleh diperolehi dari rumah negeri Kelantan
** Urusan surat-menyurat adalah secara persendirian


PERAK

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
(Bahagian Zakat)
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-2548776 / 2553809 / 2550485 Fax : 05-2414257
PERMOHONAN DERMASISWA FISABILILLAH
Syarat-syarat permohonan:
• Pemohon mestilah Kelahiran dan Permastautin Tetap Negeri Perak
• Belajar di dalam Pengajian Agama sahaja
• Pusat Pengajian diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan / Kerajaan Malaysia
• Tidak mendapat Bantuan / Pinjaman / Biasiswa dari mana-mana institusi
• Pemohon yang belajar di Luar Negara mestilah mendapat surat pengesahan dari Persatuan Pelajar / Jabatan Penuntut Kedutaan Malaysia / Universiti Berkenaan
Dokumen Sokongan:
• Salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran
• Salinan sijil pengajian (SPM, STAM, Shahadah Thanawi, Sijil I’dadi)
• Salinan surat tawaran atau tasdik kuliah
• Salinan kad pengenalan ibu bapa / pengaja
• Salinan penyata pendapatan ibu bapa / penjaga atau surat pengesahan pendapatan daripada ketua kampong / penghulu bagi yang bekerja sendiri
• Salinan visa / passport ke Luar Negara
• Salinan surat kebenaran melanjutkan pelajaran ke Luar Negara dari
Kementerian Pendidikan / Kerajaan Malaysia
** semua salinan hendaklah disahkan.
** permohonan telah dibuka untuk pelajar perubatan



PULAU PINANG

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
Tingkat 7 & 8 Menara UMNO,
No. 128 Jalan Macalister,
10400, Pulau Pinang
Tel : 04-2260305/2260319/2260312 Fax : 04-2260380
PERMOHONAN BIASISWA PENGAJIAN TINGGI
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen seperti berikut :
Jika gagal berbuat demikian, permohonan tidak akan dilayan.
• Salinan sijil lahir pemohon
• Salinan kad pengenalan / passport pemohon
• Salinan-salinan sijil PMR / SPM / Diploma / STA / 4 Senawi(yang berkenaan)
• Salinan sijil UPKK / SRA (keutamaan)
• Salinan surat berhenti sekolah
• Salinan surat tawaran masuk dari pusat pengajian berkenaan
• Salinan keputusan peperiksaaan bagi setiap tahun pengajian / semester
Borang permohonan YANG LENGKAP hendaklah dihantarkan kepada :
SETIAUSAHA LEMBAGA BIASISWA,
JABATAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG,
LEBUH PANTAI, 10300,
PULAU PINANG
Prosedur penerima biasiswa
-Status tempat lahir dan tempat tinggal :
• Calon lahir di Pualu Pinang dan ibu bapa lahir di Pulau Pinang
• Calon lahir di Pulau Pinang dan bapa lahir di Pulau Pinang, ibu lahir di luar Pulau Pinang serta menetap di Pulau Pinang
• Calon lahir di Pulau Pinang dan ibu lahir di Pulau Pinang, bapa lahir di luar Pulau Pinang serta menetap di Pulau Pinang
• Calon lahir di Pulau Pinang, ibu bapa lahir di luar Pulau Pinang serta menetap di Pulau Pinang. Calon lahir di luar Pulau Pinang, ibu bapa lahir di Pulau Pinang serta menetap di Pulau Pinang (sekurang-kurangnya) tujuh tahun dan pemohon pernah belajar di Negeri Pulau Pinang
-Pemohon hendaklah mengikuti pengajian dalam Pengajian Agama dari IPT yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
-Pemohon-pemohon luar bidang Pengajian Islam layak dipertimbangkan. Pengajian ini mestilah berkaitan dengan MAINPP dan masyarakat Islam
-Calon yang telah mendapat biasiswa empat kali tidak akan disambung pembayarannya


PERLIS

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU
PERLIS (BAITULMAL PERLIS)

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis
(Zakat, Wakaf & Sumber Am)
Aras Bawah Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis
Tel : 04-9794434 / 9794437 Fax : 04-9782400
PERMOHONAN BIASISWA / DERMASISWA PELAJARAN KEDAPA
PELAJAR-PELAJAR ISLAM DARI ANAK-ANAK NEGERI PERLIS
Biasiswa / Dermasiswa ini adalah dari Kutipan Zakat di Negeri PERLIS
Hanya pemohon-pemohon yang layak sahaja akan dipertimbangkan
Keputusan pemilihan adalah muktamad
Borang hendaklah diisi dengan lengkap oleh pemohon dan mereka yang
berkaitan sebagaimana yang dikehendaki da dihantar melalui Yang diPertua
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis (KPP) / Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia
ke alamat :
YANG DIPERTUA,
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS
(BAITULMAL),
KOMPLEKS ISLAM NEGERI PERLIS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
Dokumen sokongan:
o Salinan kad pengenalan
o Salinan surat beranak
o Salinan sijil-sijil pengajian
o Salinan surat tawaran / tasdik kuliah
o Satu salinan kad pengenalan bapa / penjaga
o Lain-lain salinan berkenaan
Semua salinan di atas hendaklah disahkan oleh Dekan / Timbalan Dekan / Pengarah /
Pengetua / Yang Dipertua Persatuan Induk Pelajar*
* Persatuan yang berurusan dengan MAIPs sahaja
**RM4 000 setahun
**Borang zakat boleh diperolehi dari rumah negeri Perlis dengan harga LE3
**Borang boleh difotostat tetapi memerlukan cop dari rumah negeri Perlis


SARAWAK

TABUNG BAITULMAL SARAWAK
Tabung Baitulmal Sarawak
(Majlis Islam Sarawak)
Bangunan Baitulmal
Lot 71, Seksyen 8, KTLD, Jalan Hj Muhamad Kassim
93400 Kuching, Sarawak, Malaysia
Tel : 082-415 563, 429 867 Fax : 082-253 786
E-mail : tbsar@tm.net.my
Syarat-Syarat Umum Kelayakan
i. Pemohon beragama Islam
ii. Penduduk tetap/bermastautin di negeri Sarawak
iii. Pendapatan keluarga kurang daripada Had Al-Kifayah
iv. Tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak
Cara Permohonan
Melalui Borang Permohonan yang boleh didapati di Ibu Pejabat dan semua Pejabat
Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak
Dasar Bantuan
• Hanya mereka yang berhak mengikut hokum syarak dan peraturan serta syarat-syarat Tabung Baitulmal Sarawak(TBS) sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan TBS
• Sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai mana-mana bantuan TBS adalah diperolehi melalui kutipan zakat atau sedekah daripada masyarakat Islam
Proses Penyemakan Permohonan
• Setiap pemohon pelu mengisi borang bagi memudahkan urusan pentadbiran
selanjutnya
• Setiap borang permohonan yang dikemukakan perlu lengkap diisi disertakan
dengan salinan dokumen yang telah diisikan dan ditandatangani supaya proses
penyemakan dapat dibuat dalam masa yang sewajarnya
• Bagi permohonan yang memerlukan siasatan lanjut, pegawai-pegawai TBS
akan membuat semakan dengan melihat ciri-ciri fizikal ( baik harta mahupun
peribadi pemohon ) sebelum keputusan bantuan dapat dibuat
• Kesahihan sesuatu permohonan bergantung sepenuhnya kepada pemohon yang ikhlas dan jujur. Pengurusan TBS berhak untuk menolak sebarang permohonan jika ianya didapati tidak menepati kehendak hukum syarak dan peraturan TBS yang telah ditetapkan. Permohonan anda dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh sebulan.
Dokumen Sokongan
• Setiap permohonan bantuan perlu disertai dengan salinan dokumen-dokumen sokongan
• Dokumen-dokumen yang wajib dikemukakan bagi semua jenis permohonan adalah :
o Kad pengenalan pemohon
o Surat lahir bagi semua tanggungan
o Surat tawaran kemasukan ke IPT / pusat pengajian
o Suart pengesahan tentang tajuk tesis daripada universiti
o Slip gaji bulan terakhir (ibu dan bapa)
o Pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri)
o Surat cerai suami isteri (jika berkenaan)
• Pengesahan bagi semua salinan dokumen hendaklah dibuat oleh Pegawai
Kerajaan Kumpulan A; Guru Besar / Pengetua; Ketua Masyarakat Islam
(Ketua Kaum / Penghulu)
** Untuk keterangan lanjut,sila hubungi YDP Sarawak


SABAH
BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH
- Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) RM6 000 wang poket
setahun.
BIASISWA YAYASAN SABAH
-Biasiswa Yayasan Sabah RM11 000 setahun
PINJAMAN YAYASAN SABAH
ZAKAT MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH
-Pusat Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) RM5 000 setahun
Segala urusan dan borang perlu diambil di Kota Kinabalu dan lebih mudah jika diuruskan oleh ibu bapa di Malaysia.
Pertanyaan boleh dibuat pada individu berikut di Malaysia :
o BKNS(JPAN Sabah) – Pn Mahalita Amin dan En. Serbini Jadin
o Yayasan Sabah (Biasiswa) – Pn Bahiwata (tingkat 4)
o Yayasan Sabah (Pinjaman) – Pn. Eren Wong (tingkat 5)
o Wisma MUIS – Ustaz Awangku Remi (tingkat 1)
Segala pertanyaan lanjut berkenaan dgn Biasiswa,Zakat dan Pinjaman di atas
boleh diperolehi dari rumah negeri Sabah dan berjumpa dengan :
Ustaz Sabri (pegawai Sabah) – +20106813105
Ustaz Amirudin (YDP Sabah) [+20108479669]
Antara syarat-syarat kelayakan permohonan adalah pemohon sudah ada
tempat pengajian,lahir di Sabah,ibu atau bapa berasal dari Sabah.






Sebarang kemusykilan tentang tajaan, pinjaman, zakat dan segala berkaitan dengan kewangan (asalkan namanya duit) hehe, boleh lah dirujuk di kaunter pertanyaan yang berdekatan dengan anda, Nurfaezah Hasnor, YM : s_minicoopers@yahoo.com.




Sekian, sebarang perubahan, dan sebarang permasalahan akan sentiasa diupdate di dalam blog, oleh itu, rajin-rajinlah buka blog untuk maklumat lebih lanjut. Sebarang kekurangan saya mohon maaf.

2 comments:

  1. ewah2... macamlah pegawai zakat.... diri sendiri pon tak dapat bantuan lagi..hehehe...

    ReplyDelete
  2. tumpang tanya. skung kan tak bleh mohon lagi kerr biasiswa tu bab dah twerlebih tarikh>????? masih ble mohon ker?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.