Wednesday, October 27, 2010

Salam Semua....

Dengan bangganya disini MMtanta dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan semua unit yang telah menjayakan sebuah program gilang gemilang iaitu Ahlan Misr 2010.

Sedikit informasi tentang program Ahlan Misr. Ahlan Misr merupakan program yang ulung kalinya dijalankan oleh MMTanta iaitu program orientasi atau sambutan pelajar baru. Lazimnya kehadiran di sesebuah tempat asing dan baru mungkin menjadi satu kejutan namun dengan adanya program ini kami dapat membantu proses pengadaptasi ke suasana baru iaitu TANTA. Moto "Paving The New Future" yang bermaksud membentuk satu jalan untuk generasi baru MMtanta berharap agar semua pelajarnya bukan sahaja menjadi seorang doktor namun pakar dalam "Universiti of Life". Program yang mengambil masa 4 hari kesemuanya untuk 3 sesi kehadiran pelajar.

Oleh itu ribuan ucapan terima kasih dihulur kepada semua yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam program ini moga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Selain itu terima kasih diucapkan kepada barisn penceramah yang hadir

Ust Syamil Esa, wakil ISMA mesir cawangan Tanta
Ahmad Faysal Tajudin Wakil Cairo University tahun 4
Anisah Shamila Mohd Saleh Wakil Cairo University Tahun 4
Ust Hanan, wakil KONSIS

Tidak dilupakan semua AJK MMtanta yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Akhir kalam ribuan terima kasih diucapkan sekali lagi.

Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi

Ikhlas,
'NewsDesk MMTanta'

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.