Wednesday, October 27, 2010


Salam,

Alhamdulillah, satu lagi program JOM! telah berakhir dengan jayanya! Terima kasih kami ucapkan atas sokongan anda semua. Tidak lupa juga untuk kami mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya krew-krew TantaMedicMesir yang telah bertungkus lumus untuk menjayakannya.

JOM! exTant ini telah diadakan di sekitar kawasan Tanta yang melibatkan seramai 112 orang peserta! Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini telah di rasmikan oleh Puan Siti Haniza atau lebih mesra di panggil Ummi.

Sebelum peserta di lepaskan untuk perlumbaan yang mendebarkan, mereka telah di jamu sedikit sarapan bagi mengisi perut sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran yang sedia menanti mereka. Sambil menikmati sarapan, sedikit taklimat ringkas berkaitan atur cara serta peraturan telah di sampaikan oleh pengarah program. Ummi juga tidak melepaskan peluang untuk memberi sedikit kata-kata semangat kepada para peserta.

Peserta telah selamat di lepaskan tepat pukul 9.00 pagi oleh Ummi. Mereka telah di bahagikan kepada 10 kumpulan dan telah di beri kenderaan (tramco) masing-masing. Berkonsepkan rancangan realiti The Amazing Race, peserta perlu bergerak dari checkpoint ke checkpoint yag lain. Di setiap checkpoint telah tersedia cabaran-cabaran yang mencabar fizikal serta mental setiap peserta.

Sebanyak 10 checkpoint telah dipilih untuk exTant tahun ini. Antaranya adalah : -
  1. Masjid Badawi
  2. Masjid Nor Shoba
  3. Su' Himar
  4. Su' Gaban
  5. Istad
  6. Awal bahr
  7. Pos Ofis kecil
  8. Pos Ofis besar
  9. Fathalla
  10. Mahatoh

Para peserta sangat bersemangat berlumba - lumba untuk merebut hadiah yang di tawarkan. Siapa yang lepas peluang keemasan memenangi wang tunai sebanyak 1200 LE tunai! Selain dari hadiah wang tunai, terdapat satu hadiah yang dapat dimenangi oleh semua peserta iaitu Pengalaman!! Menurut mereka yang menyertai, mereka sangat puas beriadah sambil mengenali dengan lebih dekat kampung mereka, Tanta.

Begitu banyak tugasan yang mencabar fizikal dan mental peserta-peserta. Tugasan yang paling tak dapat di lupakan ketika mereka perlu berkejar- kejar menangkap 3 ekor ayam.

Akhir kata, dalam setiap permainan ada yang kalah dan menang, syabas dan tahniah kepada pemenang. yang kurang bernasib baik tidak perlu risau kerana pasti ada peluang untuk anda.

Sebelum mengundur diri terima kasih di ucapkan sekali lagi kepada semua yang menyumbang tenaga dan usaha dalam menjayakan JOM! exTant. Sekian



NewsDesk
MMTanta

1 comments:

  1. Salam . BOleh tahu sape yg menang. Teruja jugak nak tahu :D

    Ummu 'Ali Hashimi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.