Monday, November 15, 2010





15 November 2010(9 Zulhijjah 1431H): Alhamdulillah, pada hari ini Iftar Jamie telah diadakan bagi meraikan bersama-sama nikmat dan kelebihan hari Arafah.

Majlis iftar telah diadakan di AC1 bagi ikhwah dan AC2 bagi akhawat. Majlis bermula dengan berbuka puasa bersama-sama. Dalam iftar ini, sistem 'pot luck' telah digunakan. Setiap rumah dikehendaki membawa juadah berbuka masing2 dan dikongsi bersama ahli rumah yang lain sewaktu berbuka.

Seterusnya, solat Maghrib secara berjemaah dilaksanakan dan diikuti dengan laungan takbir beramai-ramai. Suasana sayu sedikit menyelubungi AC kerana majoriti hadirin adalah pelajar tahun 1 yang baru pertama kali meraikan Aidiladha di perantauan ;)

Sedikit pengisian telah diberikan oleh Ustaz Syamil setelah selesai bertakbir berkaitan dengan Hari Raya Korban ini. Kemudian majlis diakhiri dengan solat Isyak secara berjemaah dan salam jamie.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Uhibbuki fillah :)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada warga Mesir dan Malaysia khususnya, dan umat Islam seantero dunia amnya, dari perantau di bumi Anbiya' :)

NewsDesk
MMTanta

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.