Monday, November 15, 2010




Salam Aidiladha. Alhamdulillah, ceramah Kasih Arafah telah berjaya dilaksanakan bersempena hari Arafah bersamaan 9 Zulhijjah yang mempunyai pelbagai kelebihannya.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Rusydi Jamaludin, Tahun 5, Universiti Tanta kerana sudi berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan beliau bersama junior-junior tahun 1 dan 2 yang turut sama memeriahkan majlis. Turut hadir ialah rakan-rakan seperjuangan Dr Rusydi, Dr Che Ahmad Hanif dan Dr Afifulhadi serta Ustaz Faiz dan Ustaz Faris.

Majlis dimulakan dengan muqadimah mengapa tajuk "Kasih Arafah" dipilih. Ceramah ini membawa kami semua menyingkap sejarah signifikannya Hari Raya Korban ini dalam diri seorang Muslim. Selain itu, Dr Rusydi juga mengajak kami bersama-sama mensyukuri nikmat ALLAH yang tak terhingga banyaknya.

Secara keseluruhannya, kami sangat terkesan dengan segala macam info yang dikongsikan oleh Dr Rusydi. Semoga Aidiladha kali ini memberi kesedaran dalam diri kita semua tentang pengorbanan terhebat ini.

Kullu 'am wa antum bikhair :)

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.