Saturday, November 20, 2010






16 November 2010: Satu ceramah sempena menyambut Aidiladha telah diadakan di Academic Centre Medicmesir.Ceramah yang bertajuk "Qurban In The Footstep of Ibrahim atau pun "Kasih ADHA" secara keseluruhannya berjalan dengan lancar. Ceramah yang disampaikan oleh Dr Rusydi ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar.

Dalam ceramah ini, Dr Rusydi menekankan tentang "markaziyyah" ataupun "centre" dalam diri seorang Muslim. Contoh terbaik adalah Nabi Ibrahim yang mana meletakkan Allah sebagai "markaziyyah"nya, sanggup menyahut perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri. Seruan yang dilaung2kan sehingga ke hari ini, iaitu seruan "LabbaikAllah" menjadi bukti kehebatan "markaziyyah"nya itu.

Selain itu, Dr Rusydi juga menceritakan tentang keindahan syurga yang tertinggi iaitu syurga Firdaus yang mana mendapat nikmat berjumpa dengan Allah pada setiap pagi dan petang. Tingkat-tingkat antara syurga juga diceritakan bahawa mempunyai jarak seperti langit dan bumi. Oleh itu, Dr Rusydi menyeru agar para hadirin meletakkan target dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan syurga Firdaus agar tidak merasa cemburu dengan penghuni syurga ini jika mendapat syurga yang lain.

Dr Rusydi juga turut menyentuh tentang Ihsan yang disebut oleh Imam Nawawi dalam koleksi Hadis Arbai'n (Hadis 40). Dr Rusydi menyeru agar para hadirin semua bersikap Ihsan dalam semua perkara terutama sekali dalam menuntut ilmu. Beberapa video berkaitan konsep Ihsan turut ditayangkan mengenai kehebatan nenek moyang kita yang telah mencipta pelbagai teknologi dan kesan ciptaan2 itu masih digunakan sehingga ke hari ini.

Sesungguhnya, ceramah pada kali ini telah meniupkan semangat yang baru kepada para hadirin. Semoga semangat ini dapat dikekalkan dalam diri setiap hadirin yang hadir pada malam tersebut.

"Here I am at Thy service O Lord, here I am. Here I am at Thy service and Thou hast no partners. Thine alone is All Praise and All Bounty, and Thine alone is the Sovereignty. Thou hast no partners."

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Ya Allah! Sesunggunya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu dan tiada sekutu bagi-Mu."

NewsDesk
MMTanta

1 comments:

  1. pasal rumah dalam syurga firdaus yang bersebelahan dengan istana Rasulullah juga...Two thumbs up.. (^.^)v

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.