Tuesday, November 16, 2010


Salam Aidiladha,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah kurnia-Nya kita masih ditemukan dengan hari yang sangat bermakna yang penuh dengan keberkatan.Sesungguhnya umat Islam perlu banyak bersyukur kerana dirahmati dengan pelbagai nikmat. Ingatlah Firman Allah s.w.t di dalam Surah Ibrahim Ayat 7 yang mafhumnya:

“Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”

Pada setiap tahun umat islam akan menyambut hari raya Aidiladha di seluruh dunia pada 10 Zulhijjah.Para sahabat radhiallahuanhum apabila mereka bertemu sesama mereka di hari raya,mereka akan mengucapkan sesama mereka "Taqabbalallahu minna wa minkum."(Moga Allah menerima ibadat yang dikerjakan dari kami dan dari kamu)

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak pimpinan MMTanta secara khususnya dan seluruh pelajar MedicMesir di Tanta amnya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Aidiladha kepada UMMI dan keluarga kerna telah banyak berkorban demi kami semua dan kepada ibubapa yang berada di Malaysia yang selalu memberi sokongan yang tidak henti-henti kepada kami semua, kepada semua pegawai di bawah KBMK, semua pegawai JPMK, semua pegawai HEP Negeri, semua YDP BKAN, Pengerusi Persatuan dan kepada semua pelajar MedicMesir dan seluruh pelajar-pelajar yang sedang menuntut di bumi anbia ini.

Salam Aidiladha dan Maaf Zahir Batin

Ahmad Samhan Awang

Pengerusi MMTanta



1 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.