Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua! Alhamdulillah, pada 6Disember2010 satu program sempena Maal Hijrah telah diadakan bertempat di Academic Centre 2,Imarah Medic Mesir. Progra dimulakan pada pukul 4.30 petang dan dimulakan dengan Majlis Pembacaan Doa Akhir Tahun yang diketuai oleh pelajar tahun 2. Seterusnya, Doa Awal Tahun pula dibaca sebaik sahaja masuk waktu Maghrib dan diikuti dengan solat berjemaah. Selesai solat Maghrib, sesi pengisian dijalankan. Antaranya adalah "Permainan Hijrah" yang mengajak semua pelajar mengimbau kembali sejarah berlakunya Hijrah pada zaman Rasulullah. Melalui permainan ini juga, para pelajar mempamerkan kemahiran masing-masing dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Selain itu, sedikit perkongsian juga telah diadakan dan disampaikan oleh saudari Nur Faryanna. Setelah itu, sedikit jamuan telah disediakan untuk para hadirin yang hadir. Secara keseluruhannya, program ini memberi kesedaran kepada semua akan pentingnya hijrah terutamanya hijrah diri sendiri iaitu hijrah untuk menjadi orang yang lebih berguna.Insyaallah.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.