Tuesday, December 7, 2010


7 Disember 2010, Alhamdulillah sempena sambutan awal tahun bagi seluruh umat Islam pada pagi 1 Muharam 1432, TantaMM telah berjaya mengadakan program The Survival bersama Doktor Sharifah Sariah bt Syed Hassan seorang pensyarah yang didatangkan khas dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia. Program bertempat di Academic Centre 2, Imarah MM bermula 7pagi hingga 8.30pagi.

Walaupun pengisian yang diberikan dalam masa yang singkat namun mampu memberi impak yang besar bagi para pelajar yang hadir. Sempena Maal Hijrah, penceramaah telah memberi serba sedikit perkongsian mengenai penghijrahan beliau dari seorang pelajar hingga menjadi seorang pensyarah kelulusan phD. Beliau turut memutarkan mengenai 3keistimewaan yang terdapat pada manusia iaitu Roh, Akal dan Nafsu. Ketiga-tiga keistimewaan ini hendaklah dijaga dengan rapi agar akidah kita sebagai umat islam tidak runtuh, sebagaimana Dr Sharifah terangkan "Kawallah nafsu dengan berpuasa, tinggikan darjat akal dengan sifat rajin, fokus, kuat semangat dan jauhi putus asa, manakala roh dijaga dengan memberi kasih sayang melalui bacaan Al-Quran setiap hari."

Selain itu, penceramah sempat memberi pendedahan tentang strategi belajar iaitu 'multiple intelligent' yang merangkumi cara pelajar mendengar, membuat, mengimaginasi, fahami dan bekerjasama dalam pelajaran. Menuju sebuah kejayaan yang besar, sifat mudah putus asa hendaklah dihapuskan kerana setiap kegagalan itu memberi pengajaran pada kita agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu, malah memberi sebuah kejayaan yang bermakna.

'Sense of urgency' juga hendaklah lahir dalam diri seorang pelajar agar sentiasa peka dan tingkatkan daya pemikiran dalam segala perkara yang perlu dilakukan tanpa membuat sebarang tundaan. Oleh itu, sempena awal muharam ini, marilah kita membina sebuah azam yang teguh pada pendirian diri agar kita mampu menuju kejayaan dimasa akan datang. Akhir kata daripada Dr Sharifah, "Jalanilah hidup kita selari dengan sunnah Rasullullah S.A.W, ingat asal-usul kita sebagai umat islam dan eratkan sillaturahim agar dapat meningkatkan kebijaksanaan kita demi martabat Islam".

wasalam. =)

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.