Tuesday, December 21, 2010

Alhamdulillah.. Seluruh umat Islam baru saja menyambut Hari 'Asyura pada 10 Muharam bersamaan 16 Disember 2010. Sempena Hari 'Asyura ini, MM Tanta telah mengadakan program Jom! 'Asyura bertempat di imarah MM.

Program bermula selepas solat Jumaat, unit dapur dan ikhwah telah bersama-sama menyediakan bubur lambuk. Pada pukul tiga petang, satu aktiviti 'Indoor Game' diadakan oleh para akhwat di mana permainan pertama dimulakan dengan mencipta 'Bola Palestin'. Permainan ini adalah sempena memperingati kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin pada hari ini.

Aktiviti diteruskan dengan acara menghias kek. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghias kek dalam masa yang ditetapkan dengan menggunakan tiga warna aising. Tiga warna yang diberi adalah sempena melambangkan Palestin iaitu hijau, merah dan putih. Sementara itu, beberapa program untuk ikhwah juga telah dijalankan iaitu karaoke dan movie.

Aktiviti petang itu berakhir setelah masuk waktu Maghrib dan para pelajar mendirikan solat jemaah bersama disusuli dengan tazkirah. Pengisian yang ringkas dan padat itu banyak memberi pengajaran kepada para pelajar tentang pentingnya Hari 'Asyura ini. Selepas solat Isyak berjemaah, program diteruskan dengan jamuan makan malam. Dengan usaha unit dapur, para pelajar disajikan dengan bubur lambuk yang enak. Malah setiap rumah akhwat sempat menyediakan hidangan pencuci mulut yang pelbagai.

Secara ringkasnya, program JOM 'ASYURA yang ringkas dan menarik telah banyak mendedahkan para pelajar tentang pentingnya Hari 'Asyura bagi setiap umat Islam. Diharap program seperti dapat diterapkan dalam diri pelajar.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.